Siakap Keli
cedera bergaduh rebut isteri orang
Kredit: Tony Hermawan via Tribun News

Dua Lelaki Dilapor Cedera, Bergaduh Rebut Isteri Orang

Dua Lelaki Dilapor Cedera, Bergaduh Rebut Isteri Orang

Dua orang lelaki dilapor cedera akibat bergaduh gara-gara berebut seorang wanita dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Surabaya, Indonesia, lapor Tribun News.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, kedua-duanya dikatakan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Soewandi.

Malah, kedua-duanya merupakan penduduk dari Menganti Gresik dan Bogorame yang dipercayai berebut wanita juga penduduk dari Bogorame.

Berebut isteri orang

Bagaimanapun apa yang lebih mengejutkan, wanita itu rupanya adalah isteri seorang lelaki dari Pogot, Surabaya. Namun, hubungan mereka dikatakan berdepan masalah.

Tetapi, menurut Tribun News, mereka masih sah sebagai suami isteri.

BACA JUGA: Tular Di Tiktok, Ini Rupanya Pemilik Suara Asal ‘Gorgon’

Dalam sisi lain pula, ayah kepada wanita itu sering menasihati anaknya malangnya perkara itu tidak diendahkannya.

Difahamkan wanita itu memutuskan untuk berkahwin (perkahwinan tidak berdaftar) dengan lelaki yang merupakan jirannya di Bogorame.

Namun disebabkan perkahwinan tersebut dilangsungkan tanpa restu keluarga, hubungan mereka dikatakan tidak baik.

Justeru, kesempatan itu telah dimanfaatkannya untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki kedua, dari Menganti Gresik.

Dua Lelaki Dilapor Cedera Akibat Bergaduh
Kredit: Tony Hermawan via Tribun News

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Keadaan mula tidak stabil apabila suaminya mengetahui hubungan sulit tersebut, lantas mengajaknya bersama lelaki itu untuk berjumpa di sebuah kedai kopi.

Tanpa disedari, si suami turut membawa senjata iaitu sebilah parang sepanjang 30cm yang disembunyikan di sebalik kain sarung dipakainya.

Tidak lama bersua, si suami lantas menyerang lelaki itu dengan parangnya sehingga kedua-duanya mengalami kecederaan di tapak tangan.

Hal ini berikutan lelaki itu berusaha menepis serangan sehingga dia terjatuh. Tidak berakhir di situ, pergelutan itu tetap diteruskan.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka kerana penduduk di sekitar kedai tersebut cepat bertindak untuk merungkaikan pergelutan itu.

Malah, mereka juga turut menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian yang melibatkan pertumpahan darah di kedai kopi itu.

Susulan itu, Ketua Unit Reakrim Polis Kenjeran AKP, Suryadi berkata ketiga-tiganya akan disoal siasat untuk mengetahui punca pergaduhan itu berlaku.

“Kami akan siasat motif dan puncanya,” jelasnya.

Sumber: Tribun News

Florence Nuar