Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Filipina: Kira-kira 15 Orang Dilapor Terkorban
Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Filipina pada Isnin meningkat kepada sekurang-kurangnya 15 orang. Manakala, lebih 100 individu dilaporkan cedera, menurut pegawai agensi pengurusan bencana negara itu, lapor AFP.
Pengarah Pertahanan Awam Wilayah, Rodrigo Sosmena, berkata seramai 12 mangsa terkorban direkodkan di wilayah Soccsksargen di Pulau Mindanao.
Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 129 orang mengalami kecederaan akibat bencana tersebut di kawasan berkenaan.
Sementara itu, tiga lagi kematian dilaporkan di wilayah Davao Occidental, menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 15 orang.
BERITA LANJUT MENYUSUL