Siakap Keli
abang paip tersenyum air kumbahan
Kredit: TikTok

Air Kumbahan Melimpah, Abang “Maintenance” Tersenyum Pasrah

Air Kumbahan Melimpah, Abang “Maintenance” Tersenyum Pasrah

Rata-rata kita gemar bekerja dalam suasana yang selesa kan? Duduk selesa di atas kerusi pejabat yang ergonomik dalam bilik berpenghawa dingin.

Ketika menyiapkan tugasan ataupun memenuhi Key Performance Index (KPI) yang ditetapkan syarikat, kita biasanya ditemani dengan aroma pewangi bilik yang mendamaikan.

Namun begitu, bukan semua pekerjaan menjamin ruang lingkup tempat kerja yang selesa. Ada pekerjaan memaksa kita berpanas dan berkeringat atau berdepan dengan aroma kurang senang.

Salah satunya pekerjaan melibatkan sektor penyelenggaraan atau pekerja kebersihan. Pekerjaan ini boleh dianggap sebagai satu pekerjaan ekstrem dan bukan pilihan ramai.

Namun jangan salah anggap, pekerjaan dalam sektor ini sebenarnya sangat penting dan menjamin kelancaran hidup sesebuah komuniti.

Biasanya, kita kerap mengeluh ketika waktu penyelenggaran paip berjalan di kawasan perumahan kita kan? Lebih-lebih lagi apabila kerja-kerja tersebut menyebabkan aktiviti harian kita tergendala.

Akan tetapi, kebanyakan kita tidak tahu apa yang perlu ditempuhi oleh abang-abang yang berkerja di sektor penyelenggaraan apabila ada paip yang tersumbat.

Air kumbahan melimpah, abang ni hanya mampu tersenyum

Berdasarkan sebuah video TikTok kiriman pengguna Syedlohai (@syedlohai), memaparkan keadaan ketika menjalankan tugasnya sebagai penyelenggara paip.

Dalam video yang berdurasi 22 saat, seorang lelaki dipercayai rakan sekerjanya kelihatan ‘pasrah’ ketika menahan limpahan air kumbahan daripada saluran paip.

‘Abang paip’ itu kelihatan tersenyum sahaja semasa melihat limpahan air berkenaan mengalir dengan sangat deras. Apatah lagi mengambil kira sebahagian pakaiannya dan badan turut terkena air kumbahan tersebut.

Tidak perlu kita ulas panjang, rasanya semua sudah sedia maklum kan apakah ‘kandungan’ biasa yang ada dalam air kumbahan.

Walaupun berdepan dengan cecair yang kotor dan berbau kurang enak, nyata abang berkenaan begitu cekal dan tabah melaksanakan tanggungjawabnya.

Selepas arus limpahan air berkenaan mulai reda, penyelenggara tersebut menanggalkan bahagian paip untuk mempercepatkan lagi aliran air kumbahan ke lantai.

@syedlohai

kerja kami mencabar… #maintenance #lovemyfamily💞 #stayhumble #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypシ #fyp

♬ original sound – syedlohai – syedlohai

“Kerja kami mencabar,” tulis kapsyen video berkenaan.

Tidak dinafikan tugasan tersebut amat berat dan hanya individu yang cekal dapat melakukannya dengan baik.

Reaksi warganet terhadap video tersebut

Video ‘abang maintenance’ berkenaan telah meraih perhatian daripada warganet Malaysia apabila ia meraih sebanyak satu juta tontonan.

Selain itu, video tersebut turut mendapat 49.7k likes dan 4023 komen setakat ini.

Beberapa pengguna TikTok telah memberikan komen dan ‘tabik spring’ terhadap tugasan hakiki Syed tersebut.

abang paip tersenyum air kumbahan
Kredit: TikTok

Ada warganet yang merasakan golongan yang berkecimpung dalam bidang tersebut layak menerima pelbagai keistimewaan disebabkan tugasannya yang ekstrem.

Kredit: TikTok

Ada juga yang sempat mengeluarkan kata-kata pujangga yang mendalam berkenaan ragam-ragam manusia.

abang paip tersenyum air kumbahan
Kredit: TikTok
abang paip tersenyum air kumbahan
Kredit: TikTok

BACA: UAI Diserbu Peminat Di SOGO KL, Ramai Bergambar Sampai Pelancong Hairan

Sumber: @syedlohai via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma