Siakap Keli
UAI Peminat SOGO KL
Kredit: TikTok

UAI Diserbu Peminat Di SOGO KL, Ramai Bergambar Sampai Pelancong Hairan

UAI Diserbu Peminat Di SOGO KL, Ramai Bergambar Sampai Pelancong Hairan

Nama yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI merupakan antara penceramah terkemuka tanah air.

Sesi pengajiannya sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian seringkali diikuti begitu ramai rakyat Malaysia. Kaedah penyampaiannya yang dikatakan kena dengan jiwa masyarakat adalah sebab utama kenapa beliau begitu dikagumi ramai.

Maka tak hairanlah, UAI mempunyai begitu ramai peminat, tak kira usia dan jantina. Keberadaan beliau di mana-mana lokasi sudah tentu pantas menarik perhatian orang awam disekeliling.

Begitulah situasi yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi satu video melibatkan penceramah tersebut baru-baru ini.

Dalam rakaman berkenaan, UAI dipercayai sedang bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur termasuk berada di hadapan pusat beli-belah di SOGO, beberapa hari lepas.

UAI diserbu peminat di depan SOGO

Ketika beliau sedang melalui kawasan berkenaan, pengunjung-pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan bertegur sapa dengannya.

Dapat dilihat, orang ramai bersilih ganti mahu bergambar dengan beliau. Ada yang mengambil foto sama ada secara berdua, berkumpulan mahupun swafoto bersama penceramah asal Terengganu tersebut.

Selain daripada itu, ada peminat yang berkesempatan berjabat tangan dengan beliau. Orang ramai juga dilihat mengekori rapat pergerakan beliau ketika berada di hadapan pusat beli belah tersebut.

Manakala UAI pula dilihat tenang sambil melemparkan senyuman melayan permintaan orang ramai untuk bergambar dan beramah mesra dengannya.

Pelancong asing kelihatan hairan dengan situasi berkenaan

Tindakan orang ramai itu juga dilihat mencetuskan tanda tanya kepada pelancong, khususnya warga asing yang tidak mengenali UAI.

Pada minit 3.36 dalam video TikTok Asam Bergaram Music (@asambergarammusic), seorang wanita berambut perang dipercayai pelancong asing seakan-akan tertanya-tanya berkenaan situasi di kaki tangga SOGO KL itu.

@asambergarammusic

Ustad Azhar Idrus diserbu peminat sehingga orang asing pun rasa pelik… UAI di Sogo Kuala Lumpur

♬ original sound – Asam Bergaram Music – Asam Bergaram Music

Mungkin kerana hairan, dia juga dilihat merakam situasi berkenaan dengan menggunakan telefon pintarnya.

Video TikTok itu telah meraih 240.2k jumlah tontonan, 18.6 likes dan 1065 komen. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan UAI yang kelihatan mesra menyantuni orang awam.

UAI peminat SOGO KL
Kredit: TikTok

Mereka juga berharap agak dapat berjumpa dengan penceramah bebas itu secara bersemuka pada masa yang akan datang.

Dilahirkan pada 12 Februari 1964, Ustaz Azhar Idrus (UAI) merupakan seorang penceramah bebas yang sangat dikenali Malaysia. Beliau sinonim dengan gaya penyampaian yang bersahaja dengan menggunakan loghat Terengganu.

UAI sangat dikenali dengan kemampuannya untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh hadirin di majlis ceramahnya secara pantas dan jelas.

Selain menjadi penceramah dalam majlis ilmu, beliau pernah muncul menerusi beberapa program televisyen seperti Kemah Keming UAI yang ditayangkan Astro Oasis pada 2012.

Beliau juga pernah membuat kemunculan dalam filem komedi Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang (2013), arahan Pierre Andre. Filem tersebut turut dibintangi dua orang pelawak iaitu, Sharol Shiro dan Ajak Shiro.

BACA: Isu Tiada EVP Sah, Ini Penjelasan Maxim Malaysia

Sumber: @asambergarammusic via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma