Satu hantaran memaparkan kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi iPhone Duo mencuri perhatian pengguna media sosial apabila orang ramai diminta mencari sesuatu yang dikatakan hilang daripada paparan tersebut.
Menerusi perkongsian di Threads, pengguna akaun alffisyahrin mengajak orang ramai meneliti paparan berkenaan menerusi kapsyen ringkas.
“Paparan kedudukan EPL menggunakan iPhone Duo. Cuba cari apa yang hilang,” tulisnya.
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut meninggalkan komen berseloroh, malah ada yang cuba meneka perkara yang dimaksudkan.
“Baru awal musim. Tahu tahu tiga pasukan teratas macam musim lepas,” usik __mohdfaizzz.
“Di gua mana agaknya?” kata ainn.ahmd secara berseloroh.
“Kena guna iPad agaknya,” komen hriz.mhadzir.
Seorang lagi pengguna, sontola pula berseloroh dengan mengaitkan hantaran itu dengan penyokong Chelsea.
“Peminat Chelsea ke? Sebab nampak lima bintang di Chelsea,” katanya.

Sementara itu, rafiey_55 turut berkongsi pengalamannya melihat paparan sama yang sebelum ini pernah menjadi perbualan pengguna media sosial.
“Sebelum ini apabila paparan ini ditunjukkan, ada yang mengatakan perlu membeli iPhone Duo. Namun, hari ini ada pula yang mendedahkan jadual liga menggunakan iPhone Duo pun masih ada satu pasukan yang tidak kelihatan,” kongsi pengguna itu.

