Kewujudan paparan jam pada sebuah lampu isyarat mencuri perhatian pengguna media sosial apabila seorang individu tertanya tanya mengenai fungsi kemudahan tersebut.
Menerusi perkongsian di Threads, pengguna akaun @eerahssn mengajukan persoalan mengenai tujuan jam berkenaan dipasang pada lampu isyarat.
“Apa fungsinya jam ini diletakkan pada lampu isyarat?” soalnya.
Meninjau ruangan komen, pertanyaan itu mengundang pelbagai respons daripada warga maya, malah ada yang memberikan jawapan secara berseloroh.
Pengguna akaun @achaidx secara berseloroh berkata, paparan tersebut mungkin membantu seseorang tiba di pejabat tepat pada waktunya.
“Supaya tepat pada masanya sampai ke pejabat,” selorohnya.
Sementara itu, @nuunaaraayyyy pula berpendapat jam berkenaan membolehkan pengguna jalan raya mengira sendiri tempoh lampu merah.
“Jam itu menyuruh kita mengira sendiri berapa lama lampu merah di situ,” katanya.
Dalam pada itu, @nrllya berkongsi bahawa dia turut menemui paparan seumpama itu di kawasan TFFC berhampiran sebuah premis Ayam Gepuk.
Pengguna akaun @aidilzainol.b pula berpendapat paparan tersebut dapat membuatkan pengguna jalan raya tidak berasa terlalu lama ketika menunggu lampu isyarat bertukar.
“Supaya tidak terasa terlalu lama menunggu lampu isyarat,” katanya.

