Siakap Keli
Penjelasan maxim tiada evp sah
Kredit: Maxim

Isu Tiada EVP Sah, Ini Penjelasan Maxim Malaysia

Isu Tiada EVP Sah, Maxim Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, media melaporkan siasatan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai isu EVP tidak sah. Isu berkenaan melibatkan syarikat pengendali perniagaan penghantaran, Maxim Malaysia.

Susulan itu, syarikat berkenaan dalam satu kenyataan media tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menurut Maxim Malaysia, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh kepada pegawai JPJ sepanjang siasatan tersebut berjalan. Antaranya adalah menyediakan semua dokumen sokongan, lesen e-hailing yang sah daripada APAD, senarai pemandu dan bahan pengiklanan yang digunakan untuk kempen pemasaran.

Maxim tampil beri penjelasan berkenaan isu tiada EVP yang sah

Menurut Maxim lagi, sebagai sebuah syarikat antarabangsa, pihaknya sentiasa memastikan keselamatan penumpang dan Rakan Kongsi-Pemandu serta menjadikannya sebagai satu keutamaan.

“Maxim Malaysia sentiasa menasihati Rakan Kongsi-Pemandu untuk mengekalkan insurans e-hailing, tempoh pendaftaran kenderaan mereka tidak melebihi 10 tahun, dan menyediakan dokumen lengkap untuk Maxim Malaysia mendapatkan EVP bagi Pemandu.”

isu EVP tidak sah maxim penerangan
Krredit: Maxim Malaysia

Jumlah terkini pemilik EVP yang sah dalam kalangan Rakan Kongsi – Pemandu

Seterusnya, Maxim turut memperbetulkan laporan yang menyatakan hanya terdapat 402 Rakan Kongsi-Pemandu dengan EVP yang sah.

“Sebenarnya jumlah itu tidak tepat dan jumlah EVP di Semenanjung Malaysia yang diperoleh daripada APAD adalah lebih tinggi daripada yang dinyatakan dalam laporan itu.

“Lebih-lebih lagi, jika kita menambah jumlah bilangan EVP dari Sabah dan Sarawak, bilangan EVP yang sah daripada Maxim adalah lebih tinggi,” kata Maxim lagi.

Malah, Maxim turut menegaskan bahawa Maxim E-panggilan Malaysia merupakan syarikat berdaftar sah di bawah APAD, LPKP Sabah dan Sarawak. Pendaftaran itu membolehkan Maxim E-panggilan Malaysia beroperasi sebagai syarikat dan menjalankan aktiviti penghantaran.

”Ketika ini, kami mempunyai lebih seribu pemandu dengan dokumen yang lengkap dan sedia untuk mendapatkan EVP daripada Maxim Malaysia.

”Ini pastinya menunjukkan hasrat bahawa Maxim Malaysia patuh terhadap undang-undang e-hailing sedia ada yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan,” kata Maxim menerusi kenyataan itu lagi.

Maxim juga memaklumkan bahawa syarikatnya sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana agensi penguatkuasaan.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Maxim Malaysia sentiasa bersedia untuk mengukuhkan hubungannya dengan semua agensi kerajaan.

BACA: Chelsea Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Stadium 26 Mac Ini

Sumber: Maxim Malaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma