Siakap Keli
chelsea majlis berbuka puasa
Gambar: Chelsea FC

Chelsea Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Stadium 26 Mac Ini

Chelsea Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Stadium 26 Mac Ini

Yayasan Chelsea akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Open Iftar) secara besar-besaran di Stadium Stamford Bridge pada Ahad, 26 Mac ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik kelab, ia merupakan sambutan julung kali diadakan oleh kelab itu dan juga stadium Liga Perdana Inggeris.

Acara ini diadakan bersempena ketibaan Ramadan, salah satu bulan dalam kalendar Islam yang mensyariatkan penganutnya untuk berpuasa dari terbit fajar sehingga matahari tenggelam.

Pada tahun ini, umat Islam di Malaysia khususnya dijangka akan mula berpuasa pada 23 Mac (Selasa) sehingga 22 April (Sabtu) depan.

Sebagai salah satu acara kominiti terbesar di UK, Open Iftar menyediakan ruang dan peluang kepada penganut agama Islam untuk berkumpul dan berbuka puasa secara bersama-sama pada waktu Ramadan.

Acara ini juga menjadi platform kepada pengunjung untuk saling berinteraksi dan berdialog dengan harmoni.

Beberapa masjid tempatan dan komuniti Muslim dalam kangan peminat Chelsea seperti pelajar akan dijemput untuk majlis berkenaan yang akan diserikan dengan kehadiran kakitangan kelab.

Menurt Yayasan Chelsea lagi, acara berkenaan akan dianjurkan bersama dengan Ramadan Tent Project. Ia merupakan sebuah badan sukaralewan yang ditubuhkan pada 2013. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti dan berkongsi info berkenaan Ramadan.

Difahamkan, Ramadan Tent Project akan mengadakan Festival Ramadan seperti ini setiap tahun. Festival berkenaan akan menampilkan unsur-unsur seni, budaya dak kreativiti yang diinspirasikan daripada bulan suci umat Islam itu.

Sebahagian daripadan kempen ‘No to Hate’, Open Iftar bertemakan “Belonging” rai keterangkuman komuniti bola sepak

”Dalam satu dekad, Ramadan Tent Project telah menghubungkan lebih dari separuh juta manusia daripada pelbagai latar belakang menerusi Festival Ramadan yang diadakan secara tahunan.

”Kami berbesar hati untuk membawa Open Iftar di Stamford Bridge, pada ulang tahun kesepuluh kami. Tema kami pada 2023 adalah “Belonging”. Ia salah satu kerjasama bersama Chelsea FC yang sering memperjuangkan keterangkuman dalam bola sepak.

‘Bola sepak dan Ramadan telah membawa orang ramai untuk berkongsi pengalaman. Kami sangat teruja untuk berkongsi kehangatan sambutan hari penting ini bersama peminat bola sepak dari pelbagai latar belakang,” Omar Salha, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ramadan Tent Project.

Chelsea FC dan Yayasan Chelsea akan menjadikan Ramadan sebagai sebahagian daripada kempen ‘No To Hate’. Kempen tersebut merupakan satu program yang mempromosikan sama rata dan diversiti dalam kalangan komuniti bola sepak.

Selain itu, ia turut mendidik semua pemegang taruh, sama ada terlibat secara langsung dengan bola sepak atau sebaliknya, bagi membasmi sifat benci dan diskriminasi dalam kalangan komuniti.

Mempromosi sifat toleransi terhadap agama turut diletakkan sebagai salah satu kunci utama dalam kempen ‘No To Hate’. Selain majlis berbuka puasa tersebut, beberapa festival keagamaan turut diketengahkan dalam kalender Chelsea pada tahun ini.

Ketua Yayasa Chelsea, Simon Taylor turut berkongsi semangat yang sama berkenaan acara ini.

”Saya teruja untuk mengumumkan penganjuran Open Iftar bersama pihak Ramadan Tent Project. Kami sangat berbangga untk menjadi kelab EPL pertama yang berbuat demikian.

”Pengiktirafan Ramadan dan masyarakat Muslim merupakan aspek terpenting dalam hasil kerja kami dalam mempromosi sifat toleransi dalam beragama.

”Saya tidak sabar untuk menyambut kehadiran semua orang pada Ahad, 26 Mac ini,” katanya.

BACA: Mitos Je, Ubat Gegat Rupanya Bukan Untuk Halau Lipas, “Tetapi…”

Sumber: Chelsea Foundation

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma