Lelaki Berdepan Detik Cemas, Terpaksa Berpaut Pada Dinding Terperangkap Di Tepi Sungai Deras
Seorang lelaki di Los Angeles berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam arus deras sebuah sungai pada Rabu lalu.
Video dramatik yang memaparkan detik penyelamatan lelaki tersebut telah dikongsikan oleh agensi berita.
Memetik New York Post, kru darat dan udara dari Jabatan Bomba Los Angeles bertindak balas terhadap insiden itu yang berlaku di Washington Boulevard di Boyle Heights.
Pasukan keselamatan bertindak pantas selepas mendapat laporan tentang kejadian sekitar jam 5 petang pada hari Rabu.
Rakaman udara mengenai operasi menyelamat berjaya dirakam oleh Sky5 KTLA. Berdasarkan rakaman itu, lelaki tersebut dilihat sedang berpaut pada ‘dinding konkrit’ ketika dia sedang menunggu bantuan tiba.
Lelaki itu kemudiannya dibantu oleh anggota LAFD yang diturunkan melalui kabel dari helikopter.
Air sungai yang keruh dilihat dalam video bergolak di sekeliling lelaki yang terkandas berikutan hujan ribut baru-baru ini. Hujan lebat telah turun di bahagian California dan menyebabkan air sungai naik.
Terperangkap tepi sungai
Penyelamat pada awalnya dilihat bergelut selama beberapa minit untuk mencapai mangsa yang ketakutan akibat angin kencang dari helikopter tersebut.
BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja
Operasi menyelamat sedikit mencabar ekoran daripada air sungai yang deras
Akhirnya, responden pertama LAFD dapat memegang lelaki itu dan memasang peralatan untuk mengangkat badannya keluar dari air tersebut.

Dalam operasi yang mencabar itu, dapat dilihat anggota LAFD dan mangsa sedikit bergelut ekoran daripada air sungai yang deras. Mereka kemudiannya berjaya ditarik oleh helikopter LAFD yang berada di atas lokasi operasi menyelamat.
Mangsa yang tidak dinamakan itu telah dibawa ke Pusat Perubatan LAC+USC untuk dirawat akibat hipotermia. Selain hipotermia, tiada kecederaan lain dilaporkan oleh pasukan penyelamat.
Sehingga kini tidak diketahui bagaimana mangsa lelaki berkenaan boleh berada dan terperangkap di sungai yang deras tersebut.
Sudah berapa lama dia telah menghabiskan masa di dalam air yang sejuk itu juga masih belum dapat diketahui oleh pasukan anggota penyelamat.
Sumber: New York Post