Siakap Keli
diana danielle cerai
Gambar: IG Farid Kamil/ Diana Danielle

Diana Danielle Dilapor Failkan Permohonan Cerai

Diana Danielle Dilapor Failkan Permohonan Cerai

KUALA LUMPUR — Pelakon Diana Danielle, 31, dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil, 41, hari ini, lapor Astro Awani.

Permohonan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Farid dipercayai enggan melafazkan cerai.

Permohonan cerai berkenaan telah dibuat pada awal bulan lalu oleh pelakon berdarah kacukan itu. Difahamkan, alasan permohonan itu dibuat kerana tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Tambahan lagi, kedua-dua pelakon itu tidak lagi tinggal serumah.

Terdahulu, pasangan itu telah mendirikan rumahtangga pada 3 November 2012. Mereka juga telah dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10 dan Aurora, 7.

BACA JUGA: Puteri Sarah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof

Sementara itu, Diana Danielle mencuri tumpuan ramai setelah beliau muncul sebagai pelakon utama dalam filem sains fiksyen, Imaginur yang memaparkan kisah sebuah percintaan, lapor Sinar Harian.

Beliau bergandingan bersama seorang lagi pelakon, Beto Kusyairy yang menerajui filem arahan Nik Amir Mustapha terbitan Lumatic Films.

Menurut pengarah filem, Imaginur bertemakan percintaan dengan terselit unsur hypnosis. Ia sekaligus menjadikan karya ini cukup unik untuk ditonton.

“Imaginur sebuah kisah cinta, mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti.

“Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya terinspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu ‘snapshot’ kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Beto dan Diana sebagai pelakon utama, Nik Amir menyifatkan kedua-dua pelakon itu mampu membawa watak masing-masing dengan baik.

“Umum mengetahui Beto merupakan seorang pelakon yang mampu menjiwai apa sahaja watak. Malah, dia berhasil memberikan komitmen lebih daripada 100 peratus untuk watak Zuhal.

“Mengenai Diana pula, saya tertarik dengan kebijaksanaannya apabila pertama kali berbincang mengenai filem ini. Saya rasa dia memang cukup sesuai untuk membawakan watak Nur, seorang gadis yang penuh misteri,” katanya.

Untuk makluman, filem tersebut telah ditayangkan di pawagam pada tanggal 23 Februari 2023 lalu.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?