Siakap Keli

Kenduri Menu Rahmah Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2023 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri  Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menghadiri Kenduri Menu  RAHMAH di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia.  

Menu RAHMAH adalah inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang  pada harga RM5.00 dan ke bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven  Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan  penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya  dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut. Antara industri dan persatuan  yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan  Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin 

Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee,  McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken  Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd.

Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH pada hari ini. KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia  makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan  Menu RAHMAH kepada jemputan secara PERCUMA. Ini menunjukkan  sinergi yang positif antara pengusaha makanan dan kerajaan dan  manifestasinya adalah kejayaan penganjuran Kenduri MENU RAHMAH pada hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang  ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri  Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel  kepada [email protected].  

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa