Siakap Keli
Pemandu teksi thailand
Kredit The Nation Thailand

Padah Cas Melampau Tanpa Ikut Meter, Pemandu Teksi Di Thailand Diharamkam Ambil Penumpang

Padah Cas Melampau Tanpa Ikut Meter, Pemandu Teksi Di Thailand Diharamkam Ambil Penumpang

Seorang pemandu teksi telah diharamkan daripada mengambil penumpang di lapangan terbang Suvarnabhumi di Thailand selepas didakwa mengenakan cas kadar harga yang melampau.

Memetik The National Thailands, pemandu teksi itu didakwa melakukan perkara itu kepada pelancong dari Taiwan yang bercuti di Thailand.

Pelancong tersebut telah dikenakan cas bayaran palsu bagi perjalanannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi ke tengah Bangkok.

Pemandu teksi itu telah didakwa mengenakan bayaran 1,200 hingga 1,500 baht bagi perjalanan tersebut.

Difahamkan bahawa, bayaran yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna jika menggunakan meter hanya sebanyak kira-kira 300 baht sahaja.

Selain diharamkan dari mengambil penumpang seumur hidup di lapangan terbang tersebut, lelaki itu juga berkemungkinan akan kehilangan lesen untuk membawa teksinya.

Pengurus lapangan terbang berkata pada Ahad lalu bahawa pemandu teksi yang tidak dinamakan itu telah mengenakan kadar tambang palsu.

Kadar tambang yang digunakan pemandu terbabit adalah kadar yang telah ditetapkan bagi setiap destinasi dan bukannya menggunakan kadar tambang meter.

Semua pemandu teksi yang mengambil penumpang di lapangan terbang dikehendaki menggunakan meter untuk mengira tambang, kata pengurusan lapangan terbang.

“Pemandu itu telah diharamkan dari mengambil penumpang di lapangan terbang bagi seumur hidup,” kata pengurus itu.

Kejadian didedahkan di Facebook

Pada Jumaat lalu, laporan mengenai kejadian itu, bersama-sama dengan gambar senarai tambang telah dimuat naik di laman berita Facebook “Khao Wong Karn Thong Thiew”.

“Memalukan! Seorang wanita warga Taiwan yang menggunakan perkhidmatan teksi dari Lapangan Suvarnabhumi dikenakan bayaran 1,200-1,500 untuk ke Bangkok. Pemandu teksi mendakwa lapangan terbang yang menetapkan kadar tersebut,” tulis hantaran tersebut.

Tambang ke Bangkok ialah 1,200 hingga 1,500 baht, manakala perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang berharga 1,500 hingga 2,000 baht.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Selepas muat naik hantaran itu dibuat, Facebook rasmi Airports of Thailand telah meninggalkan komen mereka. Mereka mengatakan bahawa perkara itu akan dimaklumkan segera supaya siasatan lanjut boleh dijalankan.

Pihak pengurusan lapangan terbang kemudiannya telah memanggil pemandu teksi berkenaan untuk disoal siasat.

Nama pemandu teksi tersebut telah dihantar ke Jabatan Pengangkutan Darat dan diminta untuk membatalkan lesen teksinya kerana mencemarkan imej Thailand.

Sementara itu, pihak pengurusan Lapangan Terbang Suvarnabhumi telah menafikan bahawa cas tambahan 50 baht kepada teksi merupakan sebab utama perkara itu terjadi.

Menurut mereka, cas yang dikenakan itu adalah untuk menggalakkan pemandu teksi mengambil penumpang dari lapangan terbang.

Ekoran daripada kejadian itu, pemandu teksi akan diperiksa secara rawak sepanjang masa untuk mengelakkan mereka daripada enggan menggunakan meter.

Sumber: The Nation Thailand

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka