Siakap Keli
ejaan makanan
Kredit: Twitter Zack Kirana

Kuetiau Bukan Kuey Teow, Cikgu Zack Ajar Ejaan Makanan Bazar Yang Betul

Kuetiau Bukan Kuey Teow, Cikgu Zack Ajar Ejaan Makanan Bazar Yang Betul

Bulan yang dinanti-nantikan telah tiba, umat Islam akhirnya menjalani ibadah puasa bermula hari ini selepas pengumuman yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam.

Apabila menyebut mengenai puasa, umat Islam amat sinonim dengan bazar Ramadan kerana ia merupakan tempat juadah yang menjual makanan untuk berbuka.

Ia boleh didapati di setiap pelosok negeri dan pelbagai aneka kuih dan juadah dijual di tempat tersebut.

Oleh hal yang demikian, ramai yang akan mengambil peluang untuk berniaga di bazar Ramadan dengan menjual makanan harian yang kadang-kala amat susah untuk didapati.

Tetapi sebelum berniaga, orang ramai perlu mengetahui bagaimana ejaan makanan tersebut sebelum meletakkannya di sepanduk kedai.

Walaupun pada asasnya bahasa Melayu itu adalah bahasa harian namun tidak ramai yang peka terhadap perkataan lebih-lebih lagi perkataan menu makanan.

Bagi membantu orang ramai memperkasakan bahasa Melayu, Cikgu Zack Kirana tampil membetulkan ejaan makanan yang biasa digunakan oleh orang ramai.

Cikgu Zack Kirana atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim membuat satu video ejaan yang dibuat khas untuk golongan peniaga bazar Ramadan.

Pun begitu, bukan setakat peniaga, orang ramai juga boleh mengambil nota berkenaan dengan perkara itu.

Ejaan makanan yang dibetulkan adalah makanan yang berada sangat dekat dengan diri, yang selalunya akan di pesan sekiranya makan di luar.

BACA: Peniaga Bazar Ramadan Disaran Sedia Menu Rahmah – KPDN Kelantan

Ejaan makanan yang betul

Kredit: Twitter Zack Kirana

Makanan pertama yang orang awam sering salah eja ialah makanan kegemaran ramai iaitu kuetiau.

Menurutnya perkataan itu bukan dieja sebagai kuey teow, tetapi ia adalah ku-e-tiau, kuetiau.

Dan yang kedua pula, ejaan mi. Ia dieja dengan ‘i’ dibelakang iaitu mi dan bukannya mee seperti ramai yang gunakan sebelum ini.

Kemudian, makanan lain seperti martabak. Ramai yang meletakkan ‘u’ dalam perkataan tersebut namun ejaan yang sebenarnya ialah martabak.

Selain itu, kuih ini orang ramai sering menggunakan perkataan Inggeris dan tidak ramai eja dalam bahasa Melayu, iaitu kuih donat dan bukan donut.

Sementara itu, bagi ejaan nasi beriani ia menggunakan perkataan ‘ia’ untuk ejaan itu, iaitu beriani.

Walaupun sebutannya adalah ‘ya’ namun cara ejaannya adalah ‘ia’, sama seperti perkataan ialah, ada ‘ya’ tapi dieja sebagai ‘ia’.

Untuk perkataan lain sila rujuk di bawah.

Sebelah kiri adalah ejaan yang salah dan sebelah kanan merupakan ejaan yang betul. Semoga bermanfaat!

kuey teow – kuetiau

Mee – mi

Murtabak – martabak

Donut – donat

Biryani/briyani – beriani

Satay – sate

Bahulu – baulu

Sumber: @zackkirana/Twitter

BACA: Dipermudahkan Atau Dipermudah? Mana Satu Yang Betul? Cikgu Ni Dedah Ramai Silap Rupanya

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.