Siakap Keli
courts malaysia
Kredit: Courts Malaysia, Siakap Keli

Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Lagi beberapa hari kita akan menyambut bulan Ramadan. Di samping meningkatkan amal ibadat, ramai juga yang mempunyai perancangan untuk mengubah wajah rumah untuk hari raya nanti. Iyalah, nak buat dekorasi perlulah merancang dari awal termasuk mengira bajet sebelum mencari kelengkapan pada harga berbaloi. Masa inilah munculnya adegan tawar menawar untuk mendapatkan perabot idaman pada harga semurah mungkin.

Tapi korang jangan risau, kali ni min nak share satu lubuk perabot raya 2023 seperti sofa yang tawarkan harga berpatutan. Tak perlu susah-susah tawar menawar pun boleh dapat diskaun sampai RM2,400 tau. Kalau nak tahu barang apa, jom teruskan baca.

Tempatnya mestilah COURTS Malaysia. Sudah bertapak selama 37 tahun di Malaysia, COURTS atau dulunya dikenali sebagai Courts Mammoth memang terkenal dalam kalangan mak-mak kita suatu ketika dulu. Kini menjadi peruncit perabot dan peralatan elektronik dengan lebih 47 cawangan di seluruh negara, COURTS menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih sempena perayaan Hari Raya yang bakal tiba.

Tawaran menarik yang diberi nama Sinar Gaya Raya telah berlangsung pada 2 Mac sehingga 28 Mac untuk bahagian pertama dan untuk bahagian kedua Sinar Ceria Raya ia bermula pada 30 Mac sehingga 26 April depan. Ia melibatkan pelbagai jenama peralatan elektronik dan perabot. Untuk pengetahuan, tawaran hebat ini juga boleh dibuat melalui pembayaran ansuran dengan menggunakan kad kredit.

Selain itu, pelanggan juga boleh menempah sofa secara custom made mengikut citarasa sendiri di samping menyesuaikan kerusi berbeza mengikut konsep meja makan yang dibeli.

Pun begitu, COURTS turut menawarkan potongan diskaun yang lumayan sempena musim perayaan ini. Korang boleh dapatkan kelengkapan set bilik tidur, ruang tamu pada harga yang rendah. Malah, korang boleh dapatkan Samsung Smart TV QLED 55 inci pada harga RM3,899 berbanding harga asal RM6,299  (diskaun RM2,400).

Cashback sehingga RM2.5 Juta! Dengan ansuran EZ payment dalam masa 24 JAM

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk dapat cashback sehingga RM2,500,000 dalam masa 24 jam dengan pembayaran ansuran semasa tawaran itu berlangsung dan penghantaran serta pemasangan adalah percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Pulangan tunai itu merupakan anggaran yang akan diterima oleh pelanggan dalam pelan pembayaran mudah.

Selain daripada promosi ini, COURTS Malaysia turut membuat peraduan mingguan iaitu Guess & Win Contest, untuk menambat hati orang ramai. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk bernilai RM500 dalam satu resit dan perlu meneka isipadu peti ais dalam masa 10 saat. Selain itu COURTS  juga membuat peraduan teka jumlah kuih Tart Nenas di skrin televisyen dalam masa 10 saat pada akhir bulan ini. Pelbagai peraduan mingguan yang ditawarkan bersempena dengan Hari Raya!

 

Sertai Homeclub untuk menikmati ganjaran, tukar point kepada duit & beli perabot baru!

Anurag Srivastava, Pengarah Kewangan Pengguna, Pengarah Pemasaran Courts Malaysia dan Singapura

Dalam pada itu, bagi menghargai pelanggan COURTS Malaysia telah menyediakan program Homeclub, khusus untuk semua pelanggan yang membuat pembelian di kedai itu secara fizikal dan juga dalam talian. Orang ramai boleh mendaftar secara percuma untuk mengumpul dan menebus ganjaran dalam setiap pembelian.

Menariknya, mata yang dikumpul dalam setiap pembelian boleh ditukarkan kepada wang tunai untuk pembelian seterusnya, setiap satu mata bersamaan dengan satu ringgit. Orang ramai juga berpeluang untuk mendapat penjimatan eksklusif, hadiah percuma, tawaran hari jadi dan bermacam lagi.

Pendaftaran Homeclub adalah percuma, dan yang paling menarik ganjaran tersebut tidak akan luput selagi orang ramai membuat pembelian sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Hanya dengan satu transaksi, ganjaran akan kekal seumur hidup. Ia adalah program yang holistik selain memberi peluang dan faedah kepada orang ramai.

Utamakan kegembiraan, kepuasan dan kehendak pelanggan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura, mereka ingin membina hubungan lebih rapat dengan para pelanggan melalui Homeclub supaya para pelanggan dapat menikmati faedah dan peluang ketika berbelanja di COURTS.

“Salah satu rancangan jangka pendek adalah untuk mencuba pendigitalan untuk mengubah model perniagaan yang digunakan pada masa kini. Pendigitalan ini juga dilihat amat dekat dengan pelanggan jadi kami mahu membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan.

“Oleh yang demikian, kami telah menyediakan program untuk pelanggan setia kami, Homeclub supaya mereka dapat membeli dengan seronok. Apabila pelanggan membeli barang daripada kami mereka boleh mendapat mata dan mata ini boleh digunakan untuk pembelian seterusnya,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura.

COURTS Price Match Policy

Sebagai pelanggan, sudah tentu kita akan mencari sesuatu produk yang sesuai dengan bajet kita. Jika korang terjumpa kedai menjual perabot yang sama pada harga lebih murah, korang boleh membelinya di COURTS pada harga yang sama ditawarkan kedai tersebut.

Selain itu, pelanggan juga boleh menempah sofa secara custom made mengikut citarasa sendiri di samping menyesuaikan kerusi berbeza mengikut konsep meja makan yang dibeli.

“Harga yang COURTS Malaysia tawarkan adalah berbeza dengan yang lain dan kami yakin harga itu adalah berpatutan. Harga tersebut juga melibatkan peralatan dan perabot model terkini dan kami cuba untuk tidak menaikkan harga, walaupun kos dan barangan telah meningkat.

“Kami cuba untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami dan mengekalkan harga yang berpatutan supaya orang ramai dapat berbelanja dan nikmati tawaran dengan gembira. Saya pasti anda akan berseronok apabila membeli-belah dengan kami,” kata Harry.

Tambahnya, COURTS sering mengkaji keperluan pembeli supaya ia selaras dengan kehendak mereka. Antara fokus utama COURTS adalah untuk mencuba pendigitalan yang dilihat memudahkan pelanggan dari pelbagai segi sebagai contoh, perkakasan elektronik yang menggunakan telefon mudah alih untuk mengaktifkannya.

Kenapa COURTS MAMMOTH ditukar kepada COURTS?

Siakap Keli sempat bertanyakan mengenai pertukaran jenama itu beberapa tahun lalu dan difahamkan ia ditukar kerana mengikut perkembangan semasa. Haiwan tersebut hidup pada zaman Pilicone hingga Holocene kira-kira lima juta tahun lalu. Agak terlalu lama zamannya telah berakhir sebelum tamadun manusia kini.

“Terdapat banyak cerita yang saya ada semasa saya menyertai COURTS. Mamot adalah haiwan yang telah pupus pada zaman kini. Daripada menggunakan Mammoth, kami ingin menukar nama untuk menunjukkan bahawa kami masih berada di pasaran. Ini antara cerita yang saya dengar.

“Tetapi sebab sebenar pertukaran adalah kami mahu menjenamakan semula COURTS. Dengan menukar nama syarikat, kami juga mahu mencabar kemampuan kami dalam menyediakan keperluan dan kehendak pelanggan pada masa akan datang,” tambah Harry.

Sebagai peruncit, sudah semestinya pelanggan memainkan peranan dalam memastikan sesebuah syarikat itu kekal menapak di pasaran. Oleh sebab itu, perubahan juga perlu dilakukan mengikut perkembangan terkini agar ianya tidak ketinggalam zaman.

Untuk orang ramai yang ingin dapatkan barangan COURTS dengan harga yang berpatutan, sertai peraduan Hari Raya untuk dapatkan pulangan tunai sehingga RM2,500,000! Jangan lupa daftar sebagai Homeclub di laman web mereka untuk dapatkan promosi yang menarik di sini!

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana