Siakap Keli
sspn pelepasan cukai
Kredit: BERNAMA

Pencarum SSPN Tidak Lagi Layak Tuntut Pelepasan Cukai – Laporan

Pencarum SSPN Tidak Lagi Layak Tuntut Pelepasan Cukai – Laporan 

Pembayar cukai yang mencarum dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilapor tidak lagi layak untuk menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, lapor Awani.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN berdasarkan beberapa sebab.

“Ini adalah disebabkan tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak dua peratus ke atas cukai pendapatan individu, pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan yang lain.

“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800,” kata Sim, memetik Awani.

Difahamkan, dalam Belanjawan 2023 pada Februari lalu, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN tidak diumumkan.

Perkara tersebut dimaklumkan SSPN menerui portal rasminya.

BACA: “Step by Step”, Cara Nak Isi E-Filing Cukai Buat Kali Pertama

Kediaman bawah RM300k di Putrajaya diberikan potongan cukai taksiran 30 peratus mulai 1 Jan 2023 – PM

Kredit: BERNAMA

Imbas kembali tiga bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah taksiran yang dikenakan.

Menurutnya, pengurangan tersebut selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, potongan cukai taksiran itu turut diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang telah melibatkan hampir 8,500 unit kediaman.

Pengurangan cukai taksiran itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 setelah penilaian semula dilakukan oleh Perbadanan Putrajaya.

Sumber: Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.