Siakap Keli
semak senarai hotel pelepasan cukai

Ini Cara Nak Semak Senarai Hotel Untuk Pelepasan Cukai 

Ini Cara Nak Semak Senarai Hotel Untuk Pelepasan Cukai 

Dikala cuti persekolahan sudah pun bermula. Sudah tentu waktu-waktu bersama keluarga dan sanak-saudara dapat dinikmati. Ada juga yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti bersama keluarga di luar negara mahupun dalam negara.

Tambahan lagi, pelbagai tempat menarik dan penginapan telah dibangunkan secara meluas di mana-mana sahaja. Bagi mereka ingin merancang untuk mengadakan percutian di dalam negara (domestik), terdapat banyak manfaat yang dapat digunakan.

Jika hendak dibandingkan dengan percutian di luar negara, kosnya jauh lebih tinggi lebih-lebih lagi jika nilai tukaran wang negara tersebut tinggi.

Namun, di Malaysia, kerajaan memberikan satu faedah kepada rakyat dalam industri pelancongan domestik iaitu pelepasan cukai.

Pelepasan Cukai Pelancongan Domestik

Menurut portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jumlah tolakan bagi pelepasan cukai itu terhad kepada RM1,000.

Sehubungan itu, perkara ini sedikit sebanyak memberikan kemudahan kepada rakyat untuk melancong di dalam negara. Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan sektor pelancongan negara.

Bagaimanapun, pelepasan cukai ini hanya tertakluk kepada penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Insentif ini boleh dituntut kembali selepas membuat bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong tersebut.

Selain itu, pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen penggembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 juga dibenarkan.

BACA JUGA: Internet Pakej Perpaduan RM30 Dijual Mulai Hari Ini – Fahmi

Menarik bukan? Jadi kepada mereka yang bercadang untuk memilih lokasi penginapan di dalam negara. Pastikan ia berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terlebih dahulu. Barulah anda dapat menikmati insentif yang disediakan oleh kerajaan ini.

Jadi, bagaimanakah cara untuk menyemak sekiranya syarikat penginapan yang kita bakal atau telah pergi itu berdaftar dengan MOTAC?

Cara Semak Hotel Berdaftar Dengan MOTAC

Bagi mereka yang ingin semak senarai hotel yang berdaftar di bawah pelepasan cukai, langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan melayari laman web Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia di http://www.motac.gov.my/

Langkah yang kedua, lihat pada bahagian e-Perkhidmatan dan klik ‘Semakan’ dan pilih ‘Hotel Berdaftar’.

Gambar: MOTAC
Gambar: MOTAC

Selepas itu, anda boleh membuat semakan dengan mengisi nama hotel di ruangan kosong berserta pengkelasan mengikut negeri.

Tekan ‘Cari’ untuk melihat sama ada hotel yang anda cari berdaftar ataupun tidak dengan MOTAC.

Gambar: MOTAC

Untuk membuat semakan terus, anda boleh klik di sini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja membentangkan belanjawan 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion pada Jumaat lalu.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga mengumumkan sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan untuk mempromosi sektor pelancongan.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?