Siakap Keli
lelaki didakwa kerana halang tugas mbpj tangkap anjing liar
Kredit: Twitter

Didakwa Halang Tugas MBPJ Tangkap Anjing Liar, Warga Emas Bakal Dituduh Di Mahkamah

Didakwa Halang Tugas MBPJ Tangkap Anjing Liar, Warga Emas Bakal Dituduh Di Mahkamah

Seorang lelaki warga emas yang didakwa menghalang tugas penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dituduh di mahkamah.

Menurut Sinar Harian, warga emas itu akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita telah mendapat arahan untuk tuduh lelaki itu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam,” katanya dalam sebuah kenyataan pada hari ini.

Menurut laporan media pada Sabtu lepas, MBPJ telah membuat laporan polis berkenaan lelaki tersebut yang didakwa membenarkan anjing liar masuk ke dalam premisnya. Tertuduh juga didakwa menutup pintu pagar dan tidak membenarkan sesiapa memasukinya.

Tambah Mohamad Fakhrudin, pasukan operasi MBPJ gagal melaksanakan tugasan tersebut akibat dihalang lelaki itu.

Video CCTV tular memaparkan pergelutan antara penguatkuasa MBPJ dengan tertuduh

Rakaman insiden tersebut yang berlaku di Taman Kanagapuram kemudian menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, terdapat pergelutan antara pasukan penguat kuasa dengan lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia tercedera.

Kecederaan yang dialami tertuduh dipercayai berpunca akibat terkena batang rod yang digunakan utuk menangkap anjing liar.

“Terjadi pergelutan antara pasukan penangkapan anjing dengan lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia terkena batang rod menangkap anjing,” kata Fakhrudin pada Sabtu lalu.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 186 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa MBPJ untuk menjelaskan tindakan pegawainya dalam kejadian itu.

Menurut Lee, pihaknya juga telah mengeluarkan surat rasmi terhadap Unit Integriti MBPJ berkenaan tindakan mereka dalam kes terbabit.

Selain itu, pihaknya turut meminta penjelasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai MBPJ semasa operasi tersebut.

BACA: Kerajaan Negeri Melaka Didakwa Akan Bertukar Ketua Menteri?

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma