Siakap Keli
Kanak-Kanak Maut Kebakaran Muar
Gambar: JBPM Johor

Empat Kanak-Kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Muar

JOHOR BAHRU, 29 Mac (Bernama) — Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor di Muar, kira-kira 140 kilometer dari sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur empat dan enam tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berumur tiga dan lapan tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.49 malam, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati 80 peratus daripada bangunan rumah jenis separuh kekal itu telahpun musnah dijilat api.

BACA JUGA: Empat Kanak-Kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Muar

“Setelah api padam sepenuhnya PKO bertindak membuat pencarian mangsa dan semua kanak-kanak itu dijumpai di dalam bilik air rumah berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Shahrizal berkata operasi ditamatkan pada pukul 9.52 malam tadi.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?