Siakap Keli
Jho Low penjara 10 tahun
Gambar: Bernama

Skandal 1MDB: Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap Jho Low

Skandal 1MDB: Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap Jho Low

Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah disabitkan kesalahan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadirannya) pada Selasa oleh Mahkamah Kuwait atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Sinar Harian.

Akhbar Kuwait Al-Qabas melaporkan bahawa seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua warga asing telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Selain itu, tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia turut menyebabkan seorang peguam dihukum penjara selama tujuh tahun.

Kesemua mereka telah diperintahkan untuk memulangkan semula USD 1 bilion (RM4.4 bilion) disamping membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

Bagaimanapun, laporan akhbar itu tidak mendedahkan senarai nama individu yang digelar sheikh termasuk rakan kongsinya, serta peguam yang disabit bersalah tersebut.

Ia juga hanya disebut sebagai ‘dana Malaysia’.

Laporan itu menyebut, ia merupakan kes yang berkaitan dengan pengubahan wang haram terbesar.

Selain itu, dua nama yang terkait ialah Jho Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.

Memetik sebuah laporan berasingan iaitu Sarawak Report, mereka mendakwa bahawa dana Malaysia itu merujuk kepada 1MDB.

Laporan itu juga mendakwa bahawa nama sheikh yang didakwa itu merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah.

Manakala, rakan kongsi yang dimaksudkan adalah merupakan rakan kongsi Jho Low iaitu Hamad Al Wazan serta peguamnya, Saud Abdelmohsan.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Laporan Al-Qabar melaporkan bahawa penggubahan wang haram dalam bentuk mata wang China bersamaan kira-kira RM4.95 bilion telah dilakukan oleh kesemua tertuduh.

Tambah laporan itu, lima individu terbabit sudah tahu sebenarnya berkenaan status wang berkenaan. Ia adalah hasil haram yang diseleweng dari dana pelaburan Malaysia.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah berdepan dengan halangan untuk memperoleh maklumat dari luar negara.

Lantas kes ini telah tertangguh selama dua tahun sebelum ia dapat dibuka semula.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka