Siakap Keli
kucing dalam lubang
Kredit TikTok

Ibu Kucing Resah, Sabar Tunggu Abang Bomba Selamatkan Anak Terperangkap Dalam Lubang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu Kucing Tak Senang Duduk, Tabah Menanti Abang Bomba Selamatkan Anaknya Terperangkap Dalam Lubang

Tugas anggota keselamatan bomba bukanlah hanya untuk memadamkan kebakaran, namun ia juga merangkumi pelbagai situasi kecemasan yang melibatkan nyawa.

Ia termasuklah menyelamatkan nyawa haiwan yang sedang berada di dalam kesusahan.

Baru-baru ini, telah tular di media sosial berkenaan video sepasukan anggota bomba dilihat sedang bertugas dalam operasi menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di dalam sebuah lubang.

Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang anggota bomba yang terlibat di dalam operasi yang dinamakan sebagai Khidmat Khas: Menyelamat anak kucing.

Video yang dimuat naik oleh Khairul Azhar atau @kerol_cikmat  di akaun TikTok miliknya telah mendapat perhatian ramai pencinta haiwan tersebut.

Berdasarkan video tersebut, operasi menyelamat itu dipercayai berlaku di Johor Bahru, Johor pada 29 Mac yang lalu.

Pada awalnya, video menunjukkan seekor kucing dewasa yang sedang melihat ke dalam sebuah lubang yang didakwa mempunyai kedalaman dua meter itu.

Kredit TikTok

Kucing dewasa itu dipercayai merupakan ibu kepada anak kucing yang terperangkap dalam lubang tersebut. Lubang itu merupakan penghubung bagi saluran paip air hujan di deretan rumah kedai di kawasan itu.

Beralih ke video perkongsian yang kedua, Khairul Azhar menyatakan bahawa operasi itu bukanlah mudah, kerana lubang itu bukanlah menegak sebaliknya ia melintang.

Kredit TikTok

Operasi tidak mudah kerana lubang sedalam dua meter

“Kes ini nampak mudah, namun untuk menyelamatkan kucing di dalam lubang bukannya mudah. Kerana lubang itu bukannya menegak, sebaliknya ia melintang.

“Setelah dicapai dengan tangan, ia masih tidak sampai dan lubang itu mungkin sedalam dua meter. Kami terpaksa menggunakan pelbagai ikhtiar untuk selamatkan kucing,” kata Khairul Azhar di dalam video tersebut.

Anak kucing itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan anggota bomba tersebut.

Kredit TikTok

“Kejayaan tidak pernah mengkhianati usaha,” kata Khairul Azhar di hujung video.

Ibu kucing itu juga dilihat setia menunggu di sisi lubang tersebut sehingga anaknya berjaya diselamatkan.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian video tersebut. Ramai daripada penonton meninggalkan komen mereka berkenaan operasi menyelamat anak kucing tersebut.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Syukur Alhamdulillah, terbaik abang-abang bomba,” tulis seorang netizan yang memuji usaha pasukan bomba tersebut.

“Alhamdulillah. Terima kasih abang bomba,” tulis seorang lagi yang mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba tersebut.

“Alhamdulillah. Semoga Allah limpahkan pahala buat insan-insan yang membantu menyelamatkan anak kucing itu,” tulis seorang netizen yang mendoakan pasukan bomba yang membantu anak kucing tersebut.

@kerol_cikmat

Replying to @farrakawaii_205 #menyelamat #anakkucing #kitten #abambomba #fyp #tiktok #capcut

♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals

Sumber: Khairul Azhar via TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.