Siakap Keli
bomba diganggu makhluk halus
Kredit TikTok

Tular Video Abang Bomba Dipercayai Diganggu Makhluk Halus, Ramai Netizen Komen Nampak Budak Kecil

Tular Video Abang Bomba Dipercayai Diganggu Makhluk Halus, Ramai Netizen Komen Nampak Budak Kecil

Kewujudan makhluk halus bukanlah perkara asing lagi dalam kehidupan harian kita. Pasti ramai yang ‘bertuah’ pernah ternampak mahupun mempunyai pengalaman diganggu oleh makhluk tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai ‘deria keenam’, pastinya pengalaman bertembung atau berinteraksi dengan makhluk ini adalah merupakan perkara biasa.

Makhluk ini kadang kala tidak memunculkan diri mereka, namun akan memberikan petunjuk tentang kehadiran mereka.

Seperti video perkongsian yang tular di media sosial TikTok berkenaan gangguan yang dipercayai dilakukan oleh makhluk halus ini.

Menerusi perkongsian oleh @gdgparanormalteam di akaun TikTok miliknya, kejadian dipercayai berlaku di sebuah balai bomba yang terletak di Tebrau, Johor.

Pada awalnya, video rakaman itu menunjukkan sebuah kerusi malas jenis rotan dilihat bergerak-gerak secara sendirinya.

Anggota bomba yang merakam video terbabit kemudiannya memanggil seorang lagi pegawai untuk menunjukkan apa yang terjadi.

Bomba diganggu makhluk halus

Selepas tibanya seorang lagi anggota bomba tersebut, secara tiba-tiba kerusi berkenaan berhenti bergerak.

Namun tidak lama kemudian, ia bergerak lagi sekali dengan sendirinya. Pegawai tersebut dapat dilihat cuba memerhati kejadian aneh itu secara berhati-hati.

Secara tiba-tiba sekeping ‘bunting’ yang berada di sebelah kerusi tersebut telah terjatuh dengan sendirinya. Selang beberapa saat pula, tanaman pokok di dalam pasu pula ditumbangkan.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Kredit TikTok

Video berdurasi 35 saat itu kemudiannya habis setakat itu sahaja.

“Kejadian berlaku di Tebrau Johor Bahru,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Sehingga kini, video perkongsian itu telah ditonton oleh pengguna lebih daripada 600k jumlah tontonan.

Video itu turut dibanjiri dengan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lain.

Menurut komen yang ditulis, terdapat beberapa pengguna yang mendakwa mereka telah melihat kelibat seorang kanak-kanak berada di sisi kerusi tersebut.

Ada budak dekat sebelah kerusi

“Ade budak sebelah kerusi tu bang, hayunkan kerusi tu, dia pandang dekat abang sekejap masa berhenti tu. Lepastu hayunkan balik,” tulis seorang netizen.

“haah ada budak umur dalam 7 tahun pakai serba hitam bersila,disebelah kerusi, tangan kanan hayun, dia ‘stop’ jeling kat bro,pastu sambung balik,” tulis seorang lagi netizen yang mengatakan bahawa dia melihat budak tersebut.

“Ada budak perempuan rambut panjang kat tepi kerusi tu, masa berhenti dia pandang sekejap lepas tu dia smbung hanyun kerusi tu balik,” tulis seorang lagi netizen yang melihat budak yang menghayun kerusi tersebut.

Namun begitu terdapat juga beberapa netizen yang mengatakan bahawa mereka tidak dapat melihat entiti budak tersebut.

“Kenapa smua nampak… Tapi aku tak nampak mana-mana budak pun,” tulis seorang netizen.

“Kenapa semua nampak budak. Aku tak nampak ..seteres aku,” tulis seorang netizen yang tidak dapat melihat kelibat budak tersebut.

@gdgparanormalteam

Kejadian berlaku di tebrau johor bahru.

♬ original sound – GDGParanormalTeam

Sumber: TikTok via gdgparanormalteam

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka