Siakap Keli
dominasi dolar tergugat
Kredit: Bernama

Kemunculan ‘Petroyuan’ China, Dominasi Dolar Amerika Akan Tergugat?

Kemunculan ‘Petroyuan’ China, Dominasi Dolar Amerika Akan Tergugat?

Dolar Amerika Syarikat bakal menghadapi ancaman daripada yuan China dan perkara ini boleh dikatakan sebagai pengakhiran bagi dominasi matawang tersebut dalam sistem kewangan dunia, kata Ketua Ahli Ekonomi di Atlas Capital Team.

Dalam kolum Financial Times pada Ahad lalu, Nouriel Roubini berkata bahawa dunia ketika kini seakan-akan terbahagi kepada dua, antara pengaruh Amerika Syarikat dan China.

“Ini kelihatan seolah-olah sistem bipolar, berbanding multipolar, yang akan menjadi rejim matawang yang akan menggantikan sistem unipolar,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata, golongan skeptikal biasanya memberi amaran bahawa kawalan ketat China ke atas mata wangnya, mungkin menghalang Yuan daripada mengatasi Dolar.

Kemunculan Petroyuan, dominasi Dolar akan tergugat?

Namun, AS juga mempunyai versi sendiri dalam “mengurangkan daya tarikan aset Dolar dalam kalangan pesaing dan rakan kongsi.”

“Perkara ini termasuklah sekatan kewangan terhadap pesaingnya, sekatan kepada kemasukan pelaburan dalam banyak firma dan sektor keselamatan negara, dan juga sekatan sekunder terhadap rakan kongsi yang melanggar sekatan utama,” tulis Roubini.

Tahun lepas, AS bersama sekutu baratnya telah membekukan rizab pertukaran asing Rusia dan mengeluarkannya daripada sistem kewangan SWIFT.

Tambahan pula, pentadbiran Biden juga berusaha memutuskan akses China terhadap teknologi-teknologi utama dan beberapa pelaburan. Lebih-lebih lagi yang mampu menyumbang kepada pembangunan ketenteraan negara Tembok Besar itu.

Cubaan yuan untuk menyingkir kedudukan dolar AS sebagai matawang dominan

Dalam pada itu, usaha-usaha baharu untuk menghakis dominasi Dolar timbul sekali lagi sejak kebelakangan ini. Terbaru adalah usaha Rusia dan China untuk membangunkan rizab matawang baharu bersama negara-negara BRICS yang lain.

Begitu juga dengan usaha Rusia dan Iran dalam penghasilan matawang kripto yang bersandarkan pada nilai emas.

Sementara itu, China dan Arab Saudi telah menjalankan transaksi minyak dalam nilai Yuan pada Desember lepas, kata Roubini.

Malah, tidak mustahil Beijing bakal menawarkan keupayaan untuk berdagang minyak dalam matawang RMB kepada Arab Saudi dan ahli petrostate lain dalam Majlis Kerjasama Teluk. Hal ini termasuk menawarkan keupayaan untuk memegang rizab lebih besar dalam mata wang China.

Momentun kebangkitan ‘Petroyuan’ dijangka akan terus meningkat memandangkan status China sebagai pengimport minyak terbesar dunia.

Roubini turut meramalkan peningkatan minat terhadap matawang digital bank pusat (CBDC) dijangka akan menghakis kedudukan Dolar sebagai matawang rizab global untuk beberapa dekad yang akan datang.

“Persaingan geopolitik yang sengit antara Washington dan Beijing pasti akan dirasai dalam rejim mata wang rizab global bipolar juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ahli ekonomi terkemuka dunia, Paul Krugman berkata para pelabur sepatutnya tidak mengabaikan sebarang ancaman terhadap dominasi dolar.

Katanya, dia tidak menjangka untuk melihat dolar AS tersingkir sebagai mata wang utama untuk perdagangan antarabangsa dalam masa terdekat.

BACA: Ringgit Ditutup Rendah Petang Tadi, RM 4.41 Berbanding Dolar

Sumber: Markets Insider

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma