Siakap Keli
pemandu tesla rempuh motosikal
Sumber: Sinar Harian

Marah Cermin Sisi Kereta Dipukul, Pemandu Tesla Rempuh Penunggang Motosikal

Marah Cermin Sisi Kereta Dipukul, Pemandu Tesla Rempuh Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal dirempuh di Lebuhraya Sprint pada Isnin akibat tindakan keterlaluan memukul cermin sisi sebuah kereta Tesla.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah menjelaskan bahawa insiden terbabit berlaku sekitar jam 8.30 pagi ketika penunggang motosikal itu berada di lorong paling kanan lebuh raya tersebut.

Menurut beliau, sebuah kenderaan jenis Tesla secara tiba-tiba menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan, menyebabkan penunggang motosikal tersebut terhimpit ke kanan jalan.

“Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.

“Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, akibat kejadian tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan luka di tangan, lutut, dan kaki. Penunggang motosikal itu kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

Dalam pada itu, kes ini telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Anwar Tegaskan Tidak Kepada Kasino Kedua Di Malaysia

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.