Dibenam 4-1, Klopp Anggap Liverpool ‘Bernasib Baik’ Kerana City Tak Tamak
Liverpool meneruskan pretasi hambar musim ini apabila tewas 4-1 kepada penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Turun di gelanggang lawan, Liverpool yang dalam pemburuan empat tempat teratas liga bermula baik apabila terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Mo. Salah pada minit ke-17.
Bagaimanapun, City membuktikan kejaguhan serta kekuatan mental yang ada apabila terus menguasai perlawanan dan melancarkan asakan bertali arus ke arah gol dikawal Alisson Becker.
City kemudian berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-25 menerusi penyerang muda Argentina, Julian Alvarez.
Melihat kepada aksi longlai yang dipamerkan Liverpool, terutamanya di bahagian tengah, City terus meningkatkan tempo perlawanan dan seringkali membuatkan benteng lawan kucar-kacir.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu ternyata bernafsu dan menambah jaringan kedua menerusi Kevin de Bruyne pada minit ke-46. Dua gol lagi disumbangkan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-53 dan Jack Grealish pada minit ke-74.
Liverpool ternyata berada dalam mood terdesak apabila melihat pertukaran pemain gantian yang dibuat barisan kejurulatihannya. Tindakan Klopp membawa masuk James Milner dan Alex Chamberline yang tidak berada di prestasi terbaik mereka ketika Liverpool ketinggalan menyerlahkan lagi krisis yang sedang dihadapi kelab tersebut.
Liverpool bertuah City tak tamak
Klopp dalam pada itu menganggap Liverpool bertuah kerana City tidak menunjukkan sifat tamak dalam perlawanan ini.
”Kami sangat bertuah kerana City tidak berada dalam mood tamak mereka. City boleh melakukan apa sahaja malam ini. Manakala kami tidak mampu memberi cabaran dalam beberapa situasi penting.
”Saya tidak mampu menjelaskannya. Kami langsung tidak memberi cabaran kepada mana-mana situasi gol City. Jujurnya, ia tidak boleh diterima,” kata Klopp.
Pengendali asal Jerman itu juga memberi komen berkenaan persembahan yang ditunjukkan oleh pemainnya.
”Empat orang pemain bermain baik malam ini dan yang lain ‘hilang’ entah kemana,” katanya.
Manakala kapten Liverpool, Jordan Handerson juga mengakui aksi teruk telah dipamerkan mereka dalam perlawanan penting ini.
”Kami tidak memberi respon yang baik selepas gol kedua lawan. Kami juga tidak bertahan dengan baik dan perlawanan ini beransur-ansur menjadi sukar untuk kami,” katanya.
Selepas 27 perlawanan, Liverpool kini ditangga keenam dengan 42 mata dan berpeluang untuk dipintas sama ada oleh Brighton ataupun Brenford yang berada ditangga keenam dan ketujuh. Kedua-dua kelab itu bertemu sesama sendiri minggu ini.
Manakala City kini mengumpul 64 mata selepas 28 perlawanan dan mengekori rapat Arsenal di tangga kedua.
Klopp speaking at full time: "We were lucky that City weren't in a greedy mood. They could do whatever they wanted. We can't not have challenges in key areas. I can't explain it. We didn't put in a challenge for either goal. That's absolutely not acceptable to be honest."
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) April 1, 2023
BACA: Pemandu Uber Pemurah, Derma Buah Pinggang Kepada Penumpang
Sumber: DaveOC Kop