Siakap Keli
Enggan Jual Hartanah, Rumah Teres Diapit Dua Kondo mewah
Kredit: Shin Min Daily News

Enggan Jual Hartanah, Viral Rumah Jadi Uzur Diapit Projek Kondo Mewah

Enggan Jual Hartanah, Viral Rumah Jadi Uzur Diapit Projek Kondo Mewah

Seorang lelaki di Geylang, Singapura pernah menggemparkan orang ramai kira-kira tiga tahun lepas apabila enggan menjual rumah teres miliknya untuk tujuan pembangunan semula.

Terbaharu, akibat kedegilannya, lelaki tersebut sekali lagi menjadi viral di media sosial. Ia selepas tular sekeping foto yang menunjukkan keadaan rumahnya yang diapit antara dua buah bangunan kondo mewah yang hampir siap.

Selain keadaannya yang kelihatan agak janggal, rumah berkenaan juga dilihat tidak dapat mengelak daripada menerima tempias projek pembangunan semula tersebut. Menerusi gambar tular tersebut, dapat dilihat rumahnya terpaksa ditutup dengan kanvas dan bersesak dengan perencah (scaffolding) di sekelilingnya.

Enggan Jual Hartanah, Rumah Teres Diapit Dua Kondo mewah
Kredit: Shin Min Daily News

Menurut laporan Must Share News, dua projek pembangunan kondominium itu adalah projek NoMa yang dibangunkan oleh Macly Group dan projek La Brisa yang dibangunkan oleh Tiara Realty.

Rumah jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah

Semasa proses rundingan untuk pembangunan semula, kedua-dua pemaju tersebut dilapor menawarkan pampasan yang lumayan kepada semua pemilik hartanah di kawasan berkenaan.

Kini, hasil tinjauan yang dibuat oleh sebuah portal berita tempatan mendapati projek perumahan di kawasan tersebut sudah hampir siap sepenuhnya. Tinjauan tersebut turut merakam keberadaan rumah lelaki tersebut.

Pemilik rumah dipercayai telah meninggalkan rumah tersebut pada 2022

Memetik Shin Min Daily News, tingkat pertama bagi rumah teres itu merupakan dewan sembahyang, manakala tingkat atasnya pula adalah ruang kediaman. Walau bagaimanapun, rumah tersebut dilapor telah ditinggalkan dan tiada penghuni dikesan tinggal di sana.

Seorang penduduk yang menetap di kawasan berdekatan memberitahu Shin Min Daily News, rumah tersebut dilaporkan kosong sejak Disember lepas.

Sejak bunyi bising mula kedengaran dari kedua-dua arah, berkemungkinan tuan rumah mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan memutuskan untuk berpindah.

Dia turut memaklumkan bahawa terdapat sebuah rumah teres di Geylang Lorong 28 yang juga tidak berganjak dari tapaknya.

Sebuah rumah teres di Geylang yang tidak dijualkan kepada pemaju

Tinjauan lanjut Shin Min Daily News mendapati rumah teres di Geylang Lorong 28 lebih bernasib baik berbanding rumah sebelumnya.

Pada kawasan luar rumah, terdapat beberapa sangkar burung, pasu bunga dan akuarium ikan kelihatan.

Enggan Jual Hartanah, Rumah Teres Diapit Dua Kondo mewah
Kredit: Shin Min Daily News

Walaupun tuan rumah, Encik Goh (63) menolak untuk ditemubual, dia menegaskan bahawa dia tidak akan sama sekali menjual rumah tersebut.

Sebelum ini, dia mendedahkan bahawa tanah kediaman berkenaan dibeli oleh mendiang ibunya. Selepas pemergian ibunya, Goh dan kakaknya terus menetap di kawasan tersebut.

Goh mempertahankan keputusan tersebut dan mengingatkan tentang kesukaran orang awam untuk memiliki hartanah sendiri di Singapura hari ini.

BACA: Felcra Lancar Beras Harga RM13 Sekampit Bagi 5KG

Sumber: Must Shared News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma