Siakap Keli
masjid surau solat hajat
Kredit: Awani

JPM (Hal Ehwal Agama) Arah Masjid, Surau Buat Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin

JPM (Hal Ehwal Agama) Arah Masjid, Surau Buat Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin

Jabatan Perdana Menteri JPM (Hal Ehwal Agama) mengarahkan masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk mengadakan solat hajat pada 6 April ini berikutan serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Menterinya Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama.

Masjid yang terlibat ialah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“JPM (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sehingga menyebabkan kecederaan awam.

“Tindakan polis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata serangan yang dilakukan itu berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia termasuk masyarakat dunia mengutuk tindakan Israel.

Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat turut menggesa Israel untuk menghentikan serangan dan kekerasan ke atas jemaah tersebut.

“Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di Palestin,” tambahnya.

Polis Israel serbu jemaah dalam masjid al-Aqsa

Sebelum ini, media melaporkan satu serangan telah dilakukan oleh polis Israel di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Difahamkan, jemaah pada ketika itu sedang bersedia untuk menunaikan solat subuh sebelum diserbu oleh polis Israel.

Susulan kejadian itu, tujuh dilaporkan cedera manakala 200 rakyat Palestin telah ditahan, lapor Astro Awani.

Menurut AFP, pihak Israel mendakwa bahawa mereka bertindak balas berikutan sekumpulan individu memasuki perkarangan masjid dengan membawa bunga api, kayu dan batu.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan bahawa pegawai perubatan telah dihalang ke Al-Aqsa bagi membantu mangsa yang cedera.

Tambahan lagi, polis Israel dipercayai melontarkan bom tangan.

Pejuang Palestin yang memerintah Semenanjung Gaza pula menyeru rakyat Palestin untuk beramai-ramai mempertahankan masjid berkenaan.

https://www.facebook.com/DatoSetiaDr.Naim/posts/pfbid0S9rAD6mQKCf2e81hGdqQFT2DdiXNWnrwucqPuyA1wzx87rSqT2PGmh8sHqthxj2Bl

Sumber: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.