Siakap Keli
israel serbu jemaah al-aqsa
Gambar: Bernama

Polis Israel Serbu Jemaah Dalam Masjid Al-Aqsa

Polis Israel Serbu Jemaah Dalam Masjid Al-Aqsa

TEBING BARAT — Satu pertempuran dilaporkan berlaku di dalam masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis awal pagi Rabu, lapor AFP.

Difahamkan, jemaah pada ketika itu sedang bersedia untuk menunaikan solat subuh sebelum diserbu oleh polis Israel.

Susulan kejadian itu, tujuh dilaporkan cedera manakala 200 rakyat Palestin telah ditahan, lapor Astro Awani.

Menurut AFP, pihak Israel mendakwa bahawa mereka bertindak balas berikutan sekumpulan individu memasuki perkarangan masjid dengan membawa bunga api, kayu dan batu.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan bahawa pegawai perubatan telah dihalang ke Al-Aqsa bagi membantu mangsa yang cedera.

Tambahan lagi, polis Israel dipercayai melontarkan bom tangan.

Pejuang Palestin yang memerintah Semenanjung Gaza pula menyeru rakyat Palestin untuk beramai-ramai mempertahankan masjid berkenaan.

Manakala, Kementerian Luar Mesir menggesa supaya serangan ke atas jemaah Al-Aqsa dihentikan.

BACA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Kejadian itu turut tular di media sosial dengan beberapa rakaman yang mendedahkan serbuan di masjid Al-Aqsa itu.

Sebelum ini, Israel telah mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan, lapor Bernama.

“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” Agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mej Jen Ghassan Alyan.

Bagaimanapun, Israel mengenakan “kuota terhad” untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis.

Difahamkan, Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun.

Sementara itu, Pegawai Israel berkata “kelulusan keselamatan” diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat. Ia bagi melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.

Sejak beberapa bulan ini, ketegangan semakin meningkat di Tebing Barat susulan serbuan tentera Israel ke bandar-bandar Palestin.

Dianggarkan hampir  90 rakyat Palestin dan 14 warga Israel dilaporkan terbunuh dalam serangan yang berasingan.

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Sumber: AFP, Astro Awani 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?