Siakap Keli
tujuh pemain terbaik
Gambar: Jung Yeon-Je / AFP &HAIDAR MOHAMMED ALI/AFP &GERRY PENNY/AFP

Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Tidak perlu disangkal lagi bola sepak mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tambahan lagi, hampir seluruh penduduk di planet ini menggemari sukan ini.

Dalam dunia bola sepak, setiap pemain menampilkan ciri-ciri tersendiri seperti gaya, kemahiran mengawal bola dan sambutan jaringan gol.

Malah yang lebih sensasi lagi, setiap jersi yang dipakai oleh pemain bola sepak menjadi perdebatan hangat sehingga kini. Tambahan lagi, jika seseorang bintang bola sepak mengenakan sesuatu nombor, ia dianggap sebagai ‘ikonik’.

Terdapat pelbagai nombor yang dianggap ikonik pernah dikenakan oleh pemain-pemain bintang termasuk nombor 7.

Tujuh Pemain Terbaik Yang Memakai Jersi Nombor 7

Nombor tujuh yang dianggap ikonik ini kebiasaannya dipakai oleh pemain terbaik yang bermain di posisi sayap atau penyerang. Mana-mana pemain yang memakai nombor ini seperti watak penting dalam pasukan dan di atas padang.

Berikut merupakan tujuh pemain terbaik dalam arena bola sepak antarabangsa yang pernah dan masih menyarung nombor ikonik ini.

Robert Pires 

pemain nombor 7
HAIDAR MOHAMMED ALI/AFP

Siapa yang tidak kenal dengan sosok lagenda Arsenal, Robert Pires. Pires merupakan salah seorang watak penting yang membawa Arsenal dalam satu musim yang cukup hebat. Hal ini kerana pada musim pada 2003/04, The Gunners tidak pernah tewas sepanjang perlawanan.

Pada musim 2003/04, dia berjaya menjaringkan 14 gol dan tujuh bantuan jaringan dalam satu musim. Dia juga merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang masa di bawah kendalian Thuerry Henry.

Sepanjang bersama Arsenal dari tahun 2000 hingga 2006, Pires telah memiliki tiga Piala FA dan dua Liga Perdana Inggeris (EPL). Dia juga sempat bermain dalam Liga Juara-Juara (UCL) bersama The Gunners.

BACA JUGA: Liverpool Kenduri Gol Di Anfield, Tewaskan Manchester United

Impak yang dibawa Pires dalam tempoh enam tahun jelas terserlah apabila dia telah diundi sebagai pemain ke-6 terhebat dalam sejarah Arsenal.

Penampilannya dalam skuad kebangsaan juga tidak kurang hebatnya apabila membawa Perancis menjuarai Piala Dunia pada tahun 1998, Euro 2000 dan Piala Konfederasi pada 2001 (pemain terbaik).

Sepanjang penampilan di peringkat antarabangsa Pires telah mengumpul sebanyak 79 caps (perlawanan). Selain itu, pemain kelahiran Perancis itu juga berjaya menjuarai trofi pada peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Eric Cantona

Gambar: GERRY PENNY/AFP

Sebut sahaja nama Eric Cantona, pastinya anda sudah mengenali karakteristik pemain ini. Bukan sahaja seorang pemain yang hebat, dia juga seringkali terlibat dalam beberapa kontroversi sewaktu di atas padang.

Bekas pemain lagenda Manchester United ini juga pernah menyarung jersi ikonik 7. Cantona merupakan watak penting dalam era kebangkitan The Red Devil itu.

Cantona juga terkenal dengan sifat barannya dan sebahagian peminat memanggilnya ‘King Eric’ atau ‘Raja Eric’. Hal ini kerana pemain kelahiran perancis itu sering menggayakan baju kolar yang tidak berlipat.

Paling diingati mengenai Cantona adalah insiden “kung-fu” pada 25 Januari 1995. Bintang United itu telah menendang dan menumbuk peminat sewaktu berada di dalam stadium.

Cantona sering menjadi igauan peminat United kerana persembahan di atas padang yang memukau. Pemain tersebut telah menjaringkan 80 gol sewaktu bersama The Red Devil hanya dalam tempoh kurang lima tahun.

64 gol dijaringkan dalam EPL, 11 gol dalam piala domestik dan lima gol dalam Liga Juara-Juara.

Luis Figo

pemain nombor 7
Gambar: ALBERTO PIZZOLI/AFP

Luis Figo merupakan salah seorang pemain paling banyak bermain dengan skuad Portugal. Dia telah membuat 127 penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal.

Bermain di posisi sayap, Figo terkenal dengan kelincahannya yang mampu melepasi pertahanan lawan pada generasinya. Pada puncak prestasinya, bintang Portugal itu mampu menewaskan pemain lawan dalam situasi satu lawan satu dengan mudah.

BACA JUGA: Masih Bermain Bola Sehingga 1:30 Pagi, ‘Minah Saleh’ Terkejut Tengok Cara Hidup Orang Malaysia

Figo juga merupakan watak penting kerana sering menjaringkan beberapa gol penting dengan kebolehan yang dimilikinya. Sebagai contoh, Figo mampu melakukan sepakan bebas dari jarak jauh dan sepakan percuma.

George Best

pemain nombor 7
Gambar: AFP

Seorang lagi bintang Manchester United, George Best merupakan pemain terbaik yang pernah memakai jesi nombor 7. George terkenal dengan bakat dan karismana di atas padang.

Sezaman dengan Pele dan Diego Maradona, George Best tidak kurang hebatnya dengan dua ikon bola sepak dunia itu. George merupakan seorang pemain sayap. Bagaimanapun, dia juga boleh bermain sebagai penyerang tengah.

Kebolehannya membawa United memenangi Piala Eropah dan dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada tahun 1968 dan Pemain Terbaik FWA.

Pemain kelahiran Ireland dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik negara dan diakui oleh Persatuan bola sepak Ireland.

Tambahan lagi, legenda Brazil, mendiang Pele juga mengatakan George Best seorang pemain yang hebat. Ramai menganggap beliau merupakan bintang pertama dalam era bola sepak moden.

Kenny Dalgish

tujuh pemain terbaik
Gambar: PAUL ELLIS/AFP

Kenny Dalgish merupakan seorang pemain kebangsaan Scotland dan juga selaku lagenda Liverpool. Dia berjaya membawa The Red memenangi beberapa kejayaan sejak dari akhir 1970-an dan 1980-an.

Dia bermain sebagai pemain penyerang kanan dan penyerang bantuan (second striker).

Dalgish telah memakai jersi nombor 7 selepas ditinggalkan oleh pemakai sebelumnya Kevin Keegan. Sejak menyarung nombor keramat itu, ia telah membawa banyak kejayaan dalam kariernya.

Antaranya, Dalgish memenangi enam juara Liga Bola Sepak, dua Piala FA, empat Piala Liga, tiga Piala Eropah dan satu Piala Super UEFA.

Terbukti bahawa beliau merupakan seorang pemain berbakat besar. Tambahan lagi, penyokong Liverpool juga menggelarkannya sebagai ‘King Kenny’.

BACA JUGA: Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

Pada tahun 1983, pemain Scotland itu menduduki tempat kedua dalam senarai undian Ballon d’Or.  Oleh itu, Kenny Dalgish merupakan pemain nombor 7 terbaik yang pernah bermain untuk Liverpool sepanjang masa.

Garrincha

Pernah memenangi Piala Dunia sebanyak dua kali, Garrincha merupakan seorang pemain berbakat yang pernah ada. Dia juga memakai nombor ikonik itu untuk skuad kebangsaan dan kelab Botafogo.

Sebagai sayap kanan, Garrincha pernah bermain dalam Piala Dunia 1962 sebelum Pele. Dia juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Golden Boot dan pemain terbaik pada kejohanan itu.

Terkenal sebagai pemain yang kelakar, dia turut digelar sebagai “Joy of the People”.

Garrincha juga dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan telah diundi dalam Pasukan Dunia pada abad ke-20. Dalam undian tersebut, dia telah menduduki tempat ketujuh oleh FIFA.

Garrincha juga tersenarai dalam pasukan terbaik sepanjang masa Piala Dunia FIFA.

Cristiano Ronaldo

tujuh pemain terbaik
Gambar: Jung Yeon-Je / AFP

Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang lagi pemain terbaik dunia dan sering dianggap ‘rival’ kepada Lionel Messi. Kehebatan Ronaldo dengan jaringan yang dihasilkannya membuatkan ramai pakar bola sepak bingung walaupun bermain sebagai pemain sayap.

Bintang bola sepak dunia itu mula menarik perhatian dunia apabila mencipta nama di Manchester United.  Aksi dan kelincahannya seperti memukau mata pertahanan lawan dan penonton.

BACA JUGA: Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City

Bagaimanapun, Ronaldo telah berpindah ke beberapa kelab seperti Real Madrid. Di Sepanyol, bintang Portugal itu mencapai beberapa kejayaan sehingga menjadi pemain paling berpengaruh di dunia.

Seterusnya, dia meneruskan karier bola sepaknya ke liga Itali bersama kelab Juventas.

Terkenal dengan semangat dan komitmen dalam menjadi yang terbaik. Ronaldo merupakan seorang pemain bola sepak yang bekerja keras mengasah bakatnya.

Tidak hairan mengapa dia mampu menjaringkan pelbagai gol dari pelbagai sudut yang tidak diduga.

Sehingga kini, dia merupakan pemain terbaik yang pernah menyarung jersi nombor ‘7’  dalam sejarah bola sepak dunia. Antara beberapa kejayaan berprestij pernah dirangkulnya seperti memenangi kejuaraan Ballon d’Or sebanyak lima kali.

Sumber: All Football App

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?