Siakap Keli
arsenal marcus rashford
Gambar: Glyn Kirk /File/ AFP & Stian Lysberg Solum / AFP

Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

ENGLAND — Bintang Manchester United, Marcus Rashford dilapor berada dalam radar pengendali Arsenal, Mikel Arteta, lapor Football Insider.

Menurut sumber, The Gunners kini menunggu peluang untuk menyambar pemain berusia 25 tahun itu. Selain itu, belum ada kata putus mengenai kontraknya bersama United.

Penyerang itu sebelum ini juga berada dalam sasaran pemain pada tahun lalu, dengan Arteta menunjukkan minat terhadap pemain kelahiran England itu.

Sementara itu, The Red Devils tidak menyatakan hasrat untuk menjualnya. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa pemain itu berpotensi untuk terus menyinar.

Dengan United baru-baru ini dilapor menawarkan lanjutan kontrak selama 12 bulan kepada Rashford. Pemain itu dijangka kekal di Old Trafford hingga Jun 2024.

BACA JUGA: Marcus Rashford Antara Penyerang Terbaik Eropah – Ten Hag

Tambahan lagi, Rashford turut berjaya membantu Three Lions Gareth Southgate dalam Piala Dunia Qatar tahun lalu dengan menjaringkan tiga gol dalam lima penampilan.

Sehingga kini, Marcus Rashford telah menjaringkan 21 gol dan lapan bantuan jaringan (assist) bersama United pada musim ini dalam 34 penampilan.

Bekas pemain akademi United itu kembali menemui rentak terbaiknya selepas berada di bawah pengendali baharu Erik ten Hag. Dia masuk menggantikan Ralf Rangnick pada musim panas lalu (2020) selepas gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Sebelum ini, bintang England itu gagal menampilkan aksi yang memukau pada musim 2021-2022 selepas mencatatkan hanya lima gol dalam 32 penampilan.

Dalam pada itu, Arsenal kini berada di tangga kedua liga selepas tewas kepada Manchester City dengan skor 1-3 di Emirates Stadium awal pagi tadi.

Selain penyerang Arsenal, Gabriel Jesus dilaporkan mengalami kecederaan jangka panjang. Perkara itu membuat Arteta kini tiada pilihan, selain meletakkan Eddie Nketiah di jentera hadapan.

Jesus mengalami kecederaan lutut sewaktu bermain pada Piala Dunia Qatar lalu. Namun dia kini dikhabarkan baru sahaja kembali menjalani latihan penuh bersama Arsenal.

Walaupun berkongsi 51 mata dengan pendahulu liga, Arsenal berkelebihan 1 perlawanan dan berpeluang untuk kembali merampas takhta liga.

Manakala United pula berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 46 mata.

Sumber: Football Insider

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?