Siakap Keli

Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Bila meningkat dewasa, setiap dari kita sememangnya akan menjaga penampilan sebaik mungkin, sama ada untuk memenuhi beauty standard dalam masyarakat atau untuk kepuasan diri sendiri.

Kadang kala ada juga sesetengah orang yang dilihat lebih matang dari usianya sehingga menimbulkan kekeliruan.

Mungkin ada yang pernah mengalaminya, padahal umur baru dalam lingkungan 20-an tetapi dianggap tua bila tengok muka. Memang perit nak hadap, lagi-lagi bila kena tegur depan orang ramai. Mana tidaknya, muka nampak tua mungkin sebab kulit kusam, tidak berseri dan pelbagai lagi masalah lain.

Bagaimanapun, tahukah korang bahawa pemakanan juga menjadi antara punca muka nampak tua dari usia? Menurut Hello Doktor, terdapat 9 makanan yang mungkin jadi punca terhadap kulit yang kelihatan tua berbanding usia.

1. Manis, bergula

Seperti yang diketahui, kerap memakan makanan manis dan bergula boleh menjejaskan kesihatan jika ia tidak dikawal dengan sebaiknya. Lebih teruk, ia juga boleh menyebabkan korang nampak lebih berusia daripada usia sebenar dengan kemunculan kedutan pada kulit.

Justeru, korang perlu mengehadkan makanan yang manis dan bergula seperti donut yang disaluti krim, kek dan gula-gula.

2. Alkohol

Bagi yang belum tahu, alkohol yang diminum secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan.

Tidak cuma itu, ia juga amat berbahaya kepada hati kerana toksinnya boleh menyebabkan pelbagai masalah kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit.

3. Garam

Jangan tak tahu pula bahawa makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab muka nampak tua. Kerepek, kentang dan makanan dalam tin merupakan antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium.

Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak.

4. Kesan Terbakar

Tak dinafikan bahawa ramai di antara kita yang gemar memakan hidangan bakar atau panggang. Namun, korang perlu menghindari dari memakan bahagian yang mempunyai tompok hitam kesan terbakar.

Turut dipanggil sebagai charred atau black char, ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit menjadi rosak.

5. Daging Diproses

Sementara itu, kerap memakan makanan yang diproses juga akan menyebabkan wajah seseorang kelihatan lebih tua.

Ini termasuk makanan seperti sosej, bakon atau daging burger yang mempunyai banyak bahan sulfit (sulfide) dan bahan pengawet lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan.

6. Daging Merah

Seperti yang diketahui, kita memerlukan kolagen untuk mendapatkan kulit yang lebih muda, sihat dan anjal.

Justeru, memakan daging merah seperti daging lembu secara berlebihan sebenarnya boleh membantutkan proses penghasilan kolagen dalam badan.

7. Makanan Bergoreng

Ramai yang sangat menyukainya, makanan bergoreng seperti kentang dan ayam goreng sememangnya menjadi salah satu penyebab utama kepada masalah wajah yang nampak tua.

Sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan termasuk kulit.

8. Makanan Pedas

Mungkin ada yang berpendapat bahawa makanan pedas baik untuk kesihatan tetapi korang kena tahu bahawa ia juga boleh menyebabkan korang nampak lebih berusia berbanding usia. Terutama kepada wanita yang sedang mengalami menopause.

9 makanan punca muka tua

Lebih membimbangkan, individu yang menghidapi rosacea iaitu keadaan yang menyebabkan kulit kemerahan akan lebih berisiko apabila memakan makanan pedas. Hal ini kerana ia akan memburukkan lagi keadaan kulit seseorang.

9. Kafein

Tidak cuma itu, minuman berkafein juga menjadi salah satu punca kerana ia bersifat diuretik. Ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan.

Keadaan itu boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan korang kelihatan lebih berusia.

Dah alang-alang cakap pasal kulit

Boleh dikatakan, semua orang mahukan kulit yang cantik tidak kira lelaki atau perempuan. Melalui kulit yang sihat dan baik, seseorang boleh mendapatkan keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.

Bagaimanapun, korang juga sebenarnya boleh mendapatkan kulit yang cantik melalui penjagaan yang baik. Dah alang-alang ni, apa kata korang tengok pautan yang min share kat bawah ni. Sekarang pula tengah ada promosi Beli 1 Percuma 1, rugi pula rasa kalau tak share dengan korang kan.

Beli 1 Percuma 1

Apa-apa pun, korang jangan ambil mudah mengenai makanan yang min dah kongsikan kat atas ni.

Sofea

There's always another side to every story