Siakap Keli
Gambar: @mattie.skincare

Selama Ini Cara Cuci Muka Kita Salah, Penasihat Kecantikan Ini Kongsi Cara Yang Betul

Seorang penasihat kecantikan telah mendedahkan kesalahan yang sering kita buat ketika mengguna produk kecantikan kulit.

Mattie yang berasal dari London, United Kingdom menyatakan bahawa terdapat banyak orang yang mencuci muka dengan cara yang salah.

Menerusi akaun TikTok miliknya, @mattie.skincare dia menyatakan kesilapan pertama yang sering kita lakukan ialah mencuci muka menggunakan sabun pencuci dalam tempoh masa yang sekejap.

Penasihat kecantikan tersebut memberitahu bahawa sekurang-kurangnya kita perlu mencuci muka selama seminit.

“Pencuci muka ialah alat untuk mencuci muka dari kotoran jadi semestinya ia memerlukan masa untuk bekerja. Saya selalu mencuci dalam 60 saat,” katanya di dalam video tersebut.

“Dan jika saya cuci muka dua kali maka masa saya ambil ialah 60 saat setiap satu cucian,” tambahnya lagi.

@mattie.skincare

Am I wrong? #skincaremistakes #howtowashyourface #skincaretips

♬ MMM MMM X DROP IT LIKES ITS HOT by Altegomusic – ALTÉGO

Sumber: @mattie.skincare

 

Zahirah