Siakap Keli
Sejarah Laluan Pengkalan Batu
Gambar: University of Erfurt

Direkodkan Dalam Peta Lama, Ini Sejarah Laluan Pengkalan Batu Ke Kuala Lumpur

Direkodkan Dalam Peta Lama, Ini Sejarah Laluan Pengkalan Batu Ke Kuala Lumpur

Pembangunan pesat dalam infrastruktur dan teknologi telah membawa perubahan besar dalam tamadun manusia.

Tambahan, perkembangan ini juga memberikan impak positif dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pelancongan, pertanian, sains komputer dan sebagainya.

Namun, dari perspektif lain, generasi kini akan lebih berfokuskan kemajuan arus perdana dan tidak terdedah dengan sejarah negara. Lebih-lebih lagi, pembangunan pesat semakin menghakis warisan sejarah yang terdapat di sekitarnya.

Tahukah anda, sebelum wujudnya lebuhraya (highway), dipercayai terdapat beberapa laluan kuno dari Pengkalan Batu, Klang ke Kuala Lumpur dan Melaka ke Pengkalan Batu, Klang sekitar 1870-an.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Persatuan Kartografi Melaka di bawah.

Sejarah Laluan Pengkalan Batu-Kuala Lumpur & Melaka-Pengkalan Batu

Perjalanan Pengkalan Batu, Klang ke Kuala Lumpur dan juga Melaka ke Pengkalan Batu, Klang.

Terdapat beberapa informasi berkaitan laluan perjalanan yang menghubungkan Pengkalan Batu, Klang dengan Kuala Lumpur. Ia dipetik daripada jurnal dan kartografi lama yang diterbitkan sekitar tahun 1870an. Berdasarkan maklumat yang dirujuk daripada Further Correspondence Relating to the Affairs of Certain Native States in the Malay Peninsula, in the Neighbourhood of The Straits Settlements (In Continuation of Command Paper [C. 1111] of July 1874) yang bertulis:

Qualla Lumpor, which is from two to three days by boat from Pencallen Batu, may be reached from Damansara in a day’s walk. If a good road were cut from Damansara to Qualla Lumpor. It would only be about sixteen miles long. The cost would be about 12,000 dollars, and it would be well worth that outlay to have a good road connecting such an important place as Qualla Lumpor with Pencallen Batu.

BACA JUGA: Sejarah Sempadan Melaka-Rembau Mungkin Ramai Tak Tahu

Terjemahan di dalam Bahasa Melayu:
Qualla Lumpor (Kuala Lumpur), iaitu dari dua hingga tiga hari (perjalanan) dengan bot dari Pencallen Batu (Pengkalan Batu). Boleh dicapai dari Damansara dengan berjalan kaki sehari. Jika jalan yang baik dipotong dari Damansara ke Qualla Lumpor (Kuala Lumpur). Panjangnya hanya kira-kira enam belas batu. Kosnya ialah kira-kira 12,000 dolar, dan perbelanjaan itu amat berbaloi untuk mempunyai jalan yang baik yang menghubungkan tempat penting seperti Qualla Lumpor (Kuala Lumpur) dengan Pencallen Batu (Pengkalan Batu).

Daripada kenyataan yang dipetik daripada dokumen tersebut, berkemungkinan jalan yang dimaksudkan ialah “Good Road”. Ia menghubungkan kawasan sekitar Damansara dengan Kuala Lumpur seperti yang terpapar di dalam peta lama yang diterbitkan pada tahun 1879.

Selain itu, kapal berkuasa stim juga pernah menghubungkan antara Pengkalan Batu, Klang ini dengan Melaka. Seperti yang tercatat di dalam dokumen Further Correspondence Relating to the Affairs of Certain Native States in the Malay Peninsula, in the Neighbourhood of The Straits Settlements (In Continuation of Command Paper [C. 1111] of July 1874) yang bertulis:

A steamer runs between Malacca and Pencallen Batu once a week (Kapal berkuasa stim yang bergerak di antara Melaka dan Pengkalan Batu seminggu sekali).

Sumber peta dan maklumat:
– University of Erfurt.
– Further Correspondence Relating to the Affairs of Certain Native States in the Malay Peninsula, in the Neighbourhood of The Straits Settlements (In Continuation of Command Paper [C. 1111] of July 1874).
-Analisis oleh Penyelidik Kartografi, Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz

Sumber: Facebook Persatuan Kartografi Melaka

BACA JUGA: Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.