Siakap Keli
sejarah eskalator
Gambar: Dimitar Dilkoff / AFP & AFP

Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Eskalator merupakan sejenis tangga elektronik yang dapat bergerak sama ada ke atas mahupun ke bawah. Umumnya, ia kebanyakannya ditemui di dalam pasar raya dan pelbagai bangunan serta pusat membeli-belah.

Cuba anda bayangkan bagaimana dunia tanpa tangga elektronik ini, pastinya ia jauh lebih sukar tanpa bantuan teknologi ini. Kemudahan ini sebenarnya telah lama diciptakan dan ia telah melebihi satu abad.

Sehingga ke hari ini, berbilion manusia dapat menikmati eskalator yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai berbanding tangga tradisional.

Pada 2023, ia merupakan tahun ke-131 eskalator atau tangga elektronik masih diguna pakai hingga ke hari ini. Oleh itu, Mari kita mengimbau kembaliĀ  fakta sejarah penciptaan dan jenis-jenisnya di bawah ini.

Sejarah Eskalator

Pada 15 Mac 1892, seorang lelaki bernama Jesse Reno telah mencipta eskalator pertama dalam sejarah. Pada awalnya ia dikenali sebagai “Lif Condong” dan dipasang di Jeti Besi Lama di Pulau Coney di New York City pada 16 Januari 1893.

Eskalator pertama itu berfungsi membawa naik pengguna dengan paras sudut 25 darjah. Panjangnya pula adalah 2.1 meter (tujuh kaki).

Dianggarkan lebih 75,000 orang menggunakan tangga itu selama dua minggu di Jeti Besi Lama. Sejak eskalator pertama diperkenalkan, ia semakin mendapat perhatian ramai hanya dalam tempoh dua minggu.

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Oleh itu, eskalator kedua kemudiannya diperkenalkan di Jambatan Brooklyn dan masih digunakan. Seiring peredaran masa, ciptaan Jesse Reno ditambahbaik oleh syarikat eskalator, Thyssenkrupp.

Gambar: Brooklyn Museum

Thyssenkrupp Elevator

Thyssenkrupp Elevator merupakan satu-satunya syarikat yang masih beroperasi di Jerman. Kilang pengeluaran eskalator ini berpangkalan di Hamburg, Jerman.

Umumnya, jangka hayat bagi setiap tangga ini adalah dari 20-30 tahun sebelum ia memerlukan penambahbaikan atau penyelenggaraan. Setiap pekerja mekanik syarikat ini kebiasaannya menguruskan 30 hingga 40 eskalator setiap bulan.

Dalam sistem pembinaan eskalator, ia mempunyai ciri khusus. Penyelenggaraannya memerlukan ketetapan ketinggian, lebar, sudut condong, kelajuan, motor atau kecekapan tenaga boleh diubah mengikut keperluan pelanggan.

Di Eropah, sekitar 5,500 eskalator baharu dipasang setiap tahun.

Fakta Eskalator Yang Ramai Tak Tahu

Eskalator Fasa Awal

Sejak syarikat Thyssenkrupp mengemudi teknologi ini, eskalator tertua yang pernah dipasang adalah di gedung serbaneka Wertheim, Macy’s di New York City pada tahun 1906. Ia dikenali sebagai Wimmel&Landgraf.

Teknologi tersebut berusia empat tahun lebih muda berbanding eskalator tertua (asal). Bagaimanapun, ia menjadi tinggalan sejarah apabila Thyssenkrupp berpindah lokasi perindustrian di Hamburg pada tahun 1951.

Panjang Eskalator

Untuk makluman, rekod eskalator terpanjang di dunia dipegang oleh stesen Metro Okruzhnaya di Rusia dengan panjang 53.68 meter.

Manakala tangga elektronik itu di Eropah adalah di Metro Prague sepanjang 43.6 meter. Sementara itu, eskalator terpendek pula hanya berukuran 90 sentimeter.

Tangga ini kebiasaannya juga digunakan di istana atau muzium.

Eskalator Tertinggi & Unik

Selain itu, ciptaan ini juga digunakan di kawasan altitud yang tinggi termasuklah di pergunungan Alps.

Difahamkam, ia berperanan untuk membawa naik dan turun pemain ski. Selain itu. ia juga dapat mengelakkan mereka daripada terjatuh.

BACA JUGA: Boleh Didengari Sehingga Di Australia, Letusan Gunung Berapi Krakatau 1883 Rekod Bunyi Letupan Terkuat Dalam Sejarah

Fakta Eskalator
Gambar: Duyi Han / Mapio.Net

Manakala, antara lokasi yang popular bagi eskalator ini adalah di pusat membeli-belah London, Harrods. Ia disebabkan mempunyai keunikan seperti lapisan Art Nouveau (bertemakan tamadun Mesir).

Fakta Eskalator
Gambar: AFP

Selain itu, eskalator Akuarium Lautan Shanghai juga menyajikan pemandangan yang pastinya menggamit hati pengunjung. Hal ini kerana eskalator di bandar China itu seperti membawa orang ramai mengembara menerusi terowong bawah laut.

Eskalator Diraja

Tahun demi tahun, eskalator semakin mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian ramai antaranya “Mod Diraja”.

Difahamkan, pengguna yang menggunakan teknologi ini dapat menekan satu butang yang berfungsi untuk menggerakkan dan memberhentikannya.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri khas iaitu sistem pendingin (tempat meletakkan tangan) di kawasan yang lebih panas.

Bagi mereka yang pernah menaiki pesawat terbang, pastinya pernah menggunakan tangga mudah alih ini. Menariknya, ia dapat bergerak dan dibawa ke dalam pesawat dan diigunakan oleh penumpang.

Fakta Eskalator
Gambar: NEMENOVALEXANDER NEMENOV/AFP

Eskalator Pisang

Apa itu Eskalator Pisang? Sebenarnya ia merupakan gabungan antara tangga elektronik dan laluan pejalan kaki (tangga tradisional).

Ia boleh ditemui di Stesen Sentral Antwerp dan di Alster-Pavillon di Hamburg bahkan banyak kawasan lain lagi.

Eskalator TerpantasĀ 

Untuk pengetahuan, sebanyak dua eskalator telah dihantar ke Riyadh. Uniknya, ia bergerak pada kadar 0.9 meter sesaat dan dianggap paling laju dengan model lain.

Sumber: Thyssenkrupp

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?