Siakap Keli
letusan gunung berapi krakatau
Gambar: HistoryHit/The Mirror

Boleh Didengari Sehingga Di Australia, Letusan Gunung Berapi Krakatau 1883 Rekod Bunyi Letupan Terkuat Dalam Sejarah

Boleh Didengari Sehingga Di Australia, Letusan Gunung Berapi Krakatau 1883 Rekod Bunyi Letupan Terkuat Dalam Sejarah

Gunung berapi sudah sekian lama ‘mendiami’ bumi sejak jutaan tahun sebelum manusia menjejakkan kaki ke bumi. Ia merupakan sebuah gunung yang menyimpan lava yang terkandung dalam perut bumi.

Kebanyakan gunung berapi sudah tidak aktif dan menjadi tarikan kepada pelancong. Bagaimanapun, masih terdapat gunung berapi yang masih aktif hingga sekarang.

Tahukah anda pada tahun 1883 sebuah gunung berapi mencatatkan rekod dalam sejarah apabila meletus dengan bunyi yang amat dahsyat dan mengakibatkan bencana kepada kawasan sekitar.

Gunung Berapi Krakatau

Gambar: ROYAL SOCIETY REPORT/KRAKATOA ERUPTION/HULTON ARCHIVE/GETTY IMAGES Via WBUR

Krakatau merupakan sebuah pulau gunung berapi kecil di Indonesia yang terletak kira-kira 160 kilometer dari barat Jakarta. Pulau ini terletak di Selat Sunda di antara pulau Jawa dan Sumatera.

Pada Ogos 1883, pulau berkenaan telah meletus dan mengorbankan lebih 36,000 orang serta menjadi salah satu letusan gunung berapi yang paling dahsyat dalam sejarah manusia.

Terdiri daripada tiga puncak utama, Perboewatan (yang paling utara dan aktif), Danan (yang paling tengah) dan Rakata (yang membentuk hujung selatan pulau).

Bunyi Letusan

Gambar: HistoryHit

Pada 26 Ogos 1883, sekitar jam 1 petang gunung berapi itu dilaporkan meletus dengan mengeluarkan abu di atas Perboewatan.

Dalam tempoh 21 jam kemudian, selepas letusan pertama ia menjadi semakin kuat pada 27 Ogos sekitar jam 10 pagi. Letupan itu boleh didengari sehingga Pulau Rodrigues di Lautan Hindi berhampiran Mauritius yang jauhnya kira-kira 4,800 kilometer dan 3,110 kilometer di Perth, Australia.

Orang ramai yang mendengar bunyi itu mendefinisikan ia seperti bunyi meriam oleh kapal berdekatan. Gelombang bunyi yang dihasilkan sebanyak tujuh kali oleh Krakatau berlarutan sehingga lima hari berikutnya.

Difahamkan, letusan gunung berapi itu membawa ombak tsunami setinggi 46 meter hingga sampai ke pinggir Afrika Selatan.

Hampir dua pertiga pulau berkenaan musnah dan turut menjejaskan pulau-pulau di sekitarnya.

Manakala kepulan awam mencapai ketinggian 20,000 kaki di udara dan aliran lava mengalir dengan kelajuan 1oo kilometer per jam sehingga membawa 40 kilometer jauhnya.

Dianggarkan lebih 165 buah perkampungan pantai di Jawa dan Sumatera musnah dalam bencana alam yang menimpa itu.

Bunyi letusan gunung berapi Krakatao pada 1883 mempunyai kekuatan 200 megaton TNT, lapor Indeks Letupan Gunung Berapa (VEI). Berbanding dengan bom yang menghancurkan bandar Hiroshima, Jepun yang hanya mempunyai daya kekuatan 20 kiloton bersamaan 10,000 kali kurang dari daya letupan.

Kesan Letupan

Gambar: UNIVERSAL HISTORY ARCHIVE/UIG/GETTY IMAGES via howstuffworks

Letusan pada tahun 1883 telah menyebabkan orang ramai pada ketika itu dapat merasakan gegaran dan mendengar bunyi letupan di Jawa Barat hingga di seberang Selat Sunda di Sumatera.

Bukan sahaja dapat dirasai di kawasan daratan, malah kapal-kapal yang belayar termasuk kapal perang milik Jerman turut menyaksikan abu yang berterbangan di ruang udara.

Ia mengambil waktu sebulan untuk pulih daripada abu walaupun masih keluar dari puncak kawah Perboewatan. Awan tebal akibat letusan Krakatao telah menyebabkan suhu di sekitar kawasan pulau tersebut serta suhu purata global selama beberapa tahun.

Selepas kejadian yang pernah menggemparkan dunia itu, Pulau Krakatau kembali aktif pada tahun 1928 dengan menghasilkan wap dan membesar menjadi sebuah pulau kecil dalam masa setahun.

Sehingga kini, ia dipanggil sebagai anak Krakatau yang mempunyai ketinggian sekitar 1,000 kaki dari paras laut. Kali terakhir ia dicatatkan meletus pada 31 Mac 2014 dengan kekuatan 1 VEI.

Sumber: History, BKSV, WBUR

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?