Siakap Keli
cara tuntutan jalan rosak
Gambar: Top Wheel & Bernama

Ini Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Rosak

Ini Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Rosak

Sesetengah permukaan jalan raya di Malaysia umum tidak rata dengan kesan tampalan dan lubang susulan banyak kenderaan yang melalui jalan itu.

Perkara ini tentunya merisikokan pengguna jalan yang melalui jalan berkenaan khususnya penunggang motosikal.

Kebanyakan mereka tidak perasan dengan jalan yang berlubang itu sewaktu memandu dan menunggang lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika cuaca hujan.

Lebih parah, pemilik kenderaan terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membaiki kerosakan yang dialami, selain kecederaan yang ditanggung oleh mereka bagi menerima rawatan di hospital mahupun klinik.

Antaranya termasuklah rim retak, bumper kereta pecah, patah kaki dan banyak lagi.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya pengguna boleh membuat tuntutan kepada pihak berkuasa jika kemalangan melibatkan jalan berlubang?

Mereka boleh membawa kes tersebut dan mendapatkan tuntutan yang sewajarnya.

Sehubungan itu, mari ikuti perkongsian Persatuan Pengguna Islam Malaysia di bawah untuk mengetahui caranya. Semoga bermanfaat.

BACA: Jarang Kalah Dalam Pertandingan, Lelaki Kongsi 10 Tip Masuk Peraduan

Cara buat tuntutan akibat jalan rosak

Pertama, ambil gambar kenderaan anda dan lubang pada jalan sebagai bukti.

cara tuntut ganti jalan rosak
Gambar: Bernama

Kedua, ambil gambar kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada tubuh badan.

Ketiga, kumpulkan semua resit yang berkaitan. Contohnya, resit towing, klinik, hospital dan bengkel untuk tujuan pampasan semula (claim).

Keempat, buat laporan polis. Nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.

Gambar: Top Wheel

BACA JUGA: Jepun Pasang Penghalang Setinggi 2.5M Di Tempat Viral “View” Gunung Fuji

Kelima, semak dengan polis untuk mengetahui siapakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.

Keenam, pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.

Gambar: PPIM

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?