Siakap Keli
dof kupang port dickson
Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia

Status Semasa Kupang Tercemar Port Dickson

Status Semasa Kupang Tercemar Port Dickson

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan status semasa mengenai kupang tercemar di Perairan Port Dickson. Pejabat Perikanan Negeri Sembilan telah mengambil lima sampel terakhir untuk ujian makmal pada 29 April 2024.

DOF bersama Persatuan Nelayan Negeri Sembilan masih giat menjalankan pemantauan secara mingguan bermula 2 April 2024 dan telah membuat verifikasi seramai 81 penternak terjejas yang mana dijalankan selama 3 hari bermula 26 sehingga 28 April 2024.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan semasa lokasi, nelayan dan peniaga sentiasa mematuhi arahan larangan mengambil, mengutip dan menjual seperti yang diarahkan oleh pihak kami sebelum ini.

Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan (tempoh 20 hari) dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur  Operasi Standard National Shellfish Sanitation Programme (NSSP) yang ditetapkan sehingga bacaan biotoksin berada di paras yang dibenarkan dan kupang disahkan selamat untuk dimakan di Negeri Sembilan.

 

Nurul Naqiyah