Siakap Keli
syed saddiq spartan race
Kredit: X/Syed Saddiq

Berjaya Tempuh Halangan, Syed Saddiq Kongsi Pengalaman Sertai Spartan Race

Berjaya Tempuh Halangan, Syed Saddiq Kongsi Pengalaman Sertai Spartan Race

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah berkongsi pengalamannya menyertai Spartan Race bagi kategori Beast baru-baru ini.

Untuk makluman, Spartan Race adalah satu acara larian berbukit dengan beberapa halangan di tengah-tengahnya.

Spartan Race juga memiliki pelbagai kategori seperti Stadion, Sprint, Super, Beast, Ultra, Trail dan City.

Bagi kategori yang disertai ahli politik muda ini, peserta perlu menghabiskan larian yang berjarak sejauh separuh maraton, kira-kira 21.09 kilometer dan mengharungi kira-kira 30 halangan.

BACA: Pelik, Pakcik Tua Buat Tangga Nak Panjat Tengok Anak Bulan

Ketika menyertai acara tersebut, beliau mengatakan keadaan cuaca sangat panas tetapi ini tidak menghalangnya daripada menghabiskan lariannya.

“Panas terik! Suhu sekitar 40 darjah celsius,” jelasnya.

Syed Saddiq telah berkongsi pengalamannya menelusuri beberapa halangan dalam perlumbaan ini menerusi hantaran di laman X semalam.

Dalam hantaran terbabit, beliau telah berkongsi pengalamannya mengharungi beberapa halangan yang ditempuhi dalam Spartan Race.

Antaranya, Tyrolean Traverse, Armer, Stairway to Sparta, Bender, Olympus Wall, Slip Wall, 8-Feet Wall, Bucket Carry, Barbed Wire Crawl, Spear Throw, Inverted Wall, Ring Swing dan Z-wall.

Berdasarkan unggahannya di laman X (@SyedSaddiq), setiap halangan dalam Spartan Race ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Para peserta bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal bagi menyelesaikan cabaran semasa perlumbaan.

Beberapa cabaran memerlukan peserta untuk bijak menggunakan teknik yang tepat bagi menyelesaikannya serta meneruskan perlumbaan sehingga ke garis penamat.

Jelas Syed Saddiq, salah satu cabaran paling sukar ketika dirinya menyertai perlumbaan tersebut adalah di peringkat Olympus Wall. 

Olympus Wall memerlukan peserta untuk berpaut pada dinding dan bergerak secara melintang, tanpa menjejakkan kaki ke lantai.

Apabila kaki terkena pada lantai, peserta akan dikenakan penalti secara serta merta. Cabaran ini bukan sahaja menguji kekuatan tangan, pada masa sama ia juga menguji kepintaran peserta untuk mengatur langkah.

Bagi sesiapa yang gagal dalam mengharungi cabaran ini, mereka akan dikenakan penalti iaitu berlari sejauh 200 meter sambil membawa beg pasir seberat 30 kilometer.

Secara amnya, Syed Saddiq dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam perlumbaan ini, berkat pengalamannya di Maktab Tentera Diraja (MTD) serta gaya kehidupannya yang sihat.

Mengulas lanjut berkenaan perlumbaan tersebut, beliau berkata bahawa setiap cabaran yang diharungi jadi semakin sukar disebabkan jarak larian 21 kilometer yang sudah semestinya memakan kudrat dan tenaga yang banyak.

“Tiga kali hadap halangan yang sama (merujuk 8-Feet Wall). Makin lama, makin susah sebab badan dah penat lari 21km,” jelas.

Pada akhir perlumbaan, Syed Saddiq berkata bahawa dirinya bersama peserta lain terus mandi dengan berbekalkan air di dalam baldi hitam besar.

Beliau turut mengatakan bahawa Spartan Race merupakan sebahagian daripada ‘checklist’ aktiviti yang ingin disertainya.

Sebelum ini, beliau telah menyertai acara ultra-marathon, Ironman (Half) dan merancang untuk menyertai acara Ironman bagi kategori Full pada masa yang akan datang.

BACA: Leftenan Muda Chan Satu-Satunya Penuntut Berbangsa Cina Tamatkan Kursus Asas Komando GGK 2024

Sumber: @SyedSaddiq via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma