Siakap Keli
gorgon pecah masuk rumah
Kredit Alya Aziya via TikTok

Seram, Wanita Terkejut Dapati “Gorgon” Gemuk Pecah Masuk Rumah Ikut Bilik Air

Seram, Wanita Terkejut Dapati “Gorgon” Gemuk Pecah Masuk Rumah Ikut Bilik Air

Tular di media sosial Indonesia berkenaan satu video yang memaparkan seekor biawak besar menceroboh masuk ke dalam bilik air melalui tingkap pengudaraan.

Video tersebut menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @alyaaziyya.

Kemunculan biawak itu telah menakutkan wanita berkenaan ekoran daripada saiznya yang sangat besar daripada kebiasaannya.

Menurut wanita itu, secara tiba-tiba dia telah terdengar bunyi botol kosong terjatuh dari arah bilik air rumahnya ketika dia sedang tidur.

Ternyata biawak raksasa itu sudah masuk hampir separuh badan ke dalam bilik air berkenaan. Haiwan itu cuba untuk terjun ke atas rak yang disusun dengan barang mandian di dalam bilik air berkenaan.

Tidak lama kemudian, biawak raksasa itu akhirnya kelihatan melompat ke dalam bilik air wanita tersebut.

Menerusi perkongsian video itu lagi, wanita berkenaan lantas menutup pintu bilik airnya agar haiwan tersebut tidak lari keluar dari kawasan itu.

Wanita itu kemudiannya pergi ke pusat pengawal keselamatan untuk meminta tolong mengeluarkan haiwan besar terbabit.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Menerusi perkongsian video bahagian seterusnya, biawak raksasa itu akhirnya memanjat semula ke arah tingkap kecil di dalam bilik air tersebut untuk melarikan diri.

Perlahan-lahan biawak itu akhirnya berlalu pergi dari bilik air wanita tersebut.

Setakat hari ini, video perkongsian itu telah mendapat tontonan melebihi daripada 19 juta tontonan pengguna media sosial berkenaan.

Penonton juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan dengan video biawak raksasa terbabit.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Aku ada kucing dalam bilik air pun boleh menjerit inikan pula ada haiwan macam ni. Boleh pengsan aku,” tulis seorang netizen.

“Rumah aku juga pernah dimasuki biawak yang masuk melalui tingkap. Rumah aku diperbuat daripada kayu jadi jelas bunyi cakarannya di dinding rumah,” tulis seorang netizen yang berkongsi pengalaman yang hampir sama.

“Kalau kena dekat aku dah lama aku lari. Tak ada ada masa aku nak merakamnya,”tulis seorang lagi netizen yang ketakutan.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

@alyaaziyya

Apapun masalahnya yg diteriakin tetap mamaaaa!! 😭🥹 #biawak #sadtok #akupanik #akutakut #tambahdewasa #mantankurangajar #foryourpage #fyp

♬ DJ Slank ku tak bisa X JJ ular V2 YT zexxo speedup – 𝗭𝗘𝗫𝗫𝗢 | 𝗦𝗣𝗗𝗨𝗣🥵

Sumber: TikTok, Liputan6

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka