Siakap Keli
bina tembok 2 meter
Gambar: KompasTV

Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar

Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar

JAKARTA — Rumah sebuah keluarga ‘dipagar’ tembok setinggi dua meter oleh penduduk di Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia, lapor KompasTV.

Menurut ketua keluarga tersebut, dia kesal terhadap tindakan sesetengah penduduk yang dikenalinya di kawasan berkenaan.

Penutupan laluan keluar rumahnya itu menyebabkan keluarga berkenaan mengalami kesukaran untuk berhubung dengan dunia luar. Bahkan anak-anak mereka juga tidak dapat keluar bersekolah sejak dua minggu lalu.

Jelas lelaki itu lagi, dia yang juga seorang pekerja di Pejabat Tanah Bulukumba mengakui sering terlibat dalam pertelingkahan dengan jirannya sehingga menerima ugutan untuk menutup laluan keluar masuk rumahnya.

BACA JUGA: “Tak Payah Tunggu Perdana Menteri Melawat Baru Nak Baiki,” – PM Anwar

Dia sewaktu ditemui oleh Jejak Sulsel, memberitahu terpaksa memanjat pagar berkenaan demi memenuhi kewajipan keluarga.

Gambar: KompasTV

Sementara itu, isterinya merasakan tindakan yang dilakukan oleh penduduk tersebut adalah tidak wajar terhadap keluarganya.

“Sudah seminggu kami duduk di rumah. Saya hanya dapat keluar dari rumah pada minggu lepas sebelum tembok dibina pada Jumaat lalu,” katanya pada 6 April lalu.

Ditutupi Kawat Besi

Tambah wanita itu, suaminya terpaksa memanjat pagar dan melewati kawat besi yang dibina itu untuk keluar.

“Suami saya kalau nak keluar perlu memanjat pagar itu dulu. Tingginya hampir tiga meter. Lebih menyentuh hati saya, dua anak kami tidak dapat pergi ke sekolah selepas pagar itu dibina.

“Mereka terpaksa ponteng sekolah kerana tidak dapat memanjat tembok itu,” katanya.

Susulan kes tersebut, dia berharap agar pihak kerajaan dapat mencari penyelesaian untuk keluarganya khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Penduduk Mempunyai Alasan Munasabah Pagar Rumah Jiran

Dari perspektif lain, penduduk sekitar mempunyai alasan  berhubung penutupan jalan keluar rumah keluarga itu.

Dakwa salah seorang pemilik tanah yang juga jirannya, dia tidak dapat bertolak ansur dengan sikap lelaki itu lagi yang sering menimbulkan masalah dan mengancam keselamatan penduduk.

“Kami telah telah menemui pemilik tanah berhubung perkara ini, namun dia bertegas dan enggan mengalah kerana mendakwa mempunyai alasan yang kukuh,” jelas Lurah Loka yang menemui pemilik tanah berkenaan.

Mereka juga mendakwa bahawa lelaki tersebut suka bergaduh dengan jiran-jirannya.

Sebelum ini, video penutupan laluan keluar rumah keluarga itu tular di media sosial. Lebih-lebih lagi, ia menimbulkan kegusaran orang ramai terhadap lelaki itu yang sering ulang-alik melewati kawat berduri itu.

Sumber: KompasTV, JejakSulsel

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.