Siakap Keli
perdana menteri melawat
Kredit: Awani via BERNAMA

“Tak Payah Tunggu Perdana Menteri Melawat Baru Nak Baiki,” – PM Anwar

“Tak Payah Tunggu Perdana Menteri Melawat Baru Nak Baiki,” – PM Anwar

“Bila tahu Perdana Menteri nak melawat, jalan pun mula dibaiki dalam 24 jam… cat pun cepat bersih semuanya… maknanya boleh buat, tak payah tunggu Perdana Menteri melawat,” demikian teguran secara terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lapor Awani, teguran itu dibuat supaya pihak bertanggungjawab termasuk jabatan dan agensi kerajaan mengambil insiatif dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa berlengah.

Katanya, tidak perlu menunggu orang kenamaan mengadakan lawatan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Masalah tersebut boleh diselesaikan dengan kadar segera tanpa mengambil masa yang lama.

“Ini… mula cat kalau ada Perdana Menteri melawat… ada banyak tempat yang begini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu dan permasalahan golongan miskin bandar khususnya di kawasan PPR.

BACA: Anwar Jawab Isu Vape, Pegawai Perubatan Kontrak, Lawatan Ke China Di Dewan Rakyat

Contoh masalah PPR

Dalam pada itu, Anwar turut memberi contoh isu yang dialami oleh penduduk PPR iaitu kerosakan lif yang memaksa penduduk untuk menggunakan tangga.

“Kita dah bagi peruntukan untuk perbaiki di sesetengah tempat… kebiasaannya lif-lif di rumah flat di tingkat 10 misalnya… bila rosak kenalah naik tangga.

“Nak baiki, masalah dia ada proses yang panjang… jadi saya minta perkara seperti ini dipercepatkan dan diluluskan.

“Kita akan bincang dengan penduduk apa yang jadi keutamaan,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Anwar turut mengumumkan tambahan peruntukan RM35 juta di di Majlis Pelancaran Program Kita Untuk Kita di PPR Kampung Baru Hicom pada Sabtu.

Ia bertujuan untuk membantu dan memperbaiki kerosakan di kawasan komuniti PPR di sekitar Lembah Klang.

Elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik projek rintis

Kredit: BERNAMA

Sebelum ini, kerajaan bersetuju supaya elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan.

Anwar berkata peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik kesihatan.

“Ia termasuk jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan,” katanya.

Sumber: Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana