Siakap Keli
bayaran bantuan khas
Gambar: Bernama

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Diawalkan Pada 14 April – JPA

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Diawalkan Pada 14 April – JPA

PUTRAJAYA  — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 terhadap pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan pada 14 April 2023.

Sebelum ini, JPA mengumumkan bahawa tarikh pembayaran tersebut akan dibuat pada 17 April.

Ketua Pengarah JPA, Dato, Dr Zulkapli Mohamed berkata ia selepas kerajaan mengambil kira keprihatinan dalam membantu penjawat awam dan pesara kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

BACA: Kelantan Beri Bantuan Raya RM700 Kepada Penjawat Awam

Terdahulu, Zulkapli memaklumkan bahawa penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak bakal menerima BKKA 2023 pada 17 April ini, lapor Bernama.

“Mereka yang layak mendapat BKKA 2023 ialah pegawai perkhidmatan awam gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat.

“Pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘Contract of Service’ (COS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji.

“Selain pegawai yang bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya turut layak menerima BKKA 2023,” katanya.

Apa itu BKKA?

Untuk makluman, BKKA atau Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri merupakan bantuan yang bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang bertungkus lumus dalam perkhidmatan keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pemberian BKKA adalah satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan.

Ia bagi membantu perancangan dan persiapan awal Sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat dilakukan oleh penjawat awam.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari lalu.

BACA JUGA: Populasi Harimau Di India Meningkat Lebih 3,000 Ekor

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?