Subkhiddin Dedah Punca Gol Arif Aiman Tidak Dikira
Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh mengulas berhubung insiden sepakan penalti yang dilakukan oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Ahad.
Subkhiddin dalam satu perkongsian berkata gol yang disepak ke gawang itu tidak dikira, malah sebaliknya pasukan bertahan akan diberikan ‘sepakan percuma tidak terus’.
“Pemain penyerang (Arif Aiman) terlebih dahulu berada di dalam kawasan penalti sebelum bola dimainkan oleh rakannya yang mengambil sepakan penalti,” katanya.

Tindakan tersebut jatuh di bahagian pencerobohan oleh pemain penyerang (encroachment by attacking player) di bawah Undang-undang 14 Sepakan Penalti.
Di bahagian tersebut, ia menjelaskan sekiranya gerakan itu membawa mata, maka penalti perlu diambil semula.
Namun sekiranya tiada jaringan yang dilakukan, pasukan pihak lawan akan mendapat sepakan percuma secara tidak langsung.
Beliau mengulas perkara itu dalam satu bebenang di laman Twitter pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Subkhiddin menjelaskan mengenai peraturan sepakan penalti sebelum bola disepak semasa permainan bermula.
“Jika, sebelum bola dalam permainan, salah satu daripada yang berikut berlaku di mana pemain yang mengambil sepakan penalti atau rakan sepasukan melakukan kesalahan.
“Jika bola masuk ke gawang, sepakan dibuat semula.
“Sekiranya bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil menghentikan permainan dan memulakan semula dengan sepakan percuma tidak langsung,” tambahnya.
Subkhiddin turut menyamakan insiden dan set gerakan tersebut seperti perlawanan oleh pasukan Barcelona.
JDT benam Kedah
Semalam, skuad JDT dilapor membenamkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Pada minit ke-69, JDT hampir menambah jaringan namun ia telah dibatalkan oleh pengadil.
Sepakan penalti yang dilakukan Fernando Forestieri dibatalkan pengadil perlawanan Razlan Joffri Ali susulan Arif Aiman dilihat masuk ke kawasan penalti sebelum sepakan dibuat.
Forestieri pada ketika itu, cuba melakukan gerakan di mana Arif Aiman menggelecek pantas dari tepi seperti yang dibuat oleh Barcelona pada suatu ketika dahulu.
Laws of the Game 2022/23 | Law 14 | The Penalty Kick [Pg118, 119 & 120] pic.twitter.com/EAE609sOib
— subkhiddin (@subkhiddin1) April 9, 2023
Sumber: @subkhiddin1/Twitter