Siakap Keli

myTukar Mempersembahkan Filem Raya Pertama, Memacu Kepentingan Budaya Dan Tradisi Kekeluargaan

Kuala Lumpur, 5 April 2023 – Bersempena dengan musim Raya, ekosistem kereta terpakai yang paling pesat berkembang di Malaysia telah menghasilkan filem
pertama yang bertemakan perayaan yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai kasih sayang, persefahaman dan kebersamaan.

Filem yang diberi tajuk ‘Dipandu Rindu’ itu mengisahkan cerita tentang seorang ayah dan anaknya yang duduk berjauhan ketika musim perayaan menghampiri.
Walaupun anaknya sibuk dengan kerja, ayahnya tetap berazam untuk merapatkan mereka dengan membaiki kereta lamanya bersama-sama. Adakah si anak akan memahami isi hati ayahnya dan pulang ke kampung untuk perkara yang lebih penting dari kerjayanya?

CEO myTukar Derrick Eng berkata, “Sebagai seorang warga Malaysia, saya tahu betapa pentingnya sambutan Hari Raya untuk kita semua. Sebagai satu jenama
Malaysia, kami ingin mengetengahkan kepentingan utama Hari Raya. Kami berharap agar file mini dapat bergema dengan jiwa kita, warga Malaysia yang sibuk bekerja dan juga bekerja keras untuk juga meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang walaupun ia bukan ketika musim perayaan. Ketika musim perayaan inilah kami komited untuk membawa keluarga di Malaysia pulang ke kampung dengan selamat”.

Filem yang bertemakan perayaan ini juga akan ditayangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand, masing masing merupakan pasaran untuk syarikat induk
myTukar, Carro. Pengarah Kreatif Carro, Simond Chew berkata, ”talian persaudaraan dan kasih sayang adalah nilai yang mengeratkan kita dan kisah kepulangan ini adalah satu cerita yang amat mudah diterima dan difahami oleh negara serantau.

Sebuah perjalanan untuk mengenali erti kasih sayang yang ahli keluarga kita punyai untuk kita dan sebaliknya bukanlah hanya perjalanan pulang ke kampung halaman, tetapi juga masa dan keprihatinan yang kita luangkan bersama”.

Filem pendek ini dapat ditonton di channel YouTube myTukar dan Carro.

Sambut Hari Raya yang ‘Menangful’ dengan tawaran menarik dari myTukar.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000 dan penjimatan sehingga RM27,000 untuk kereta myTukar Certified terpilih dari 1 Mac hingga ke 19 Mei 2023.

Hadiah-hadiah menarik termasuk 5 set melancong ke Seoul, Korea yang ditanggung sepenuhnya bernilai RM11,600 setiap satu, 11 buah televisyen berjenama Phillips bernilai RM1,799 dan 300 kad pengisian petrol bernilai RM100 setiap satu.

Promosi lain termasuk:
– Diskaun 30% untuk perkhidmatan cat keseluruhan kereta serta khidmat penyalutan lampu depan percuma dan semburan semula semua rim bernilai RM800
– Diskaun 50% diskaun ke atas perkhidmatan penjajaran dan pengimbangan tayar kereta

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran istimewa sempena musim perayaan ini, layari laman mikro kami atau kunjungi myTukar Retail Experience Centre berdekatan dengan anda hari ini.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.