Siakap Keli
3 Jam Tunggu “Que” Parkir
Gambar: The Sun UK

Pemandu Tinggalkan Kereta, Tak Tahan 3 Jam Tunggu “Que” Di Parkir “Mall”

Pemandu Tinggalkan Kereta, Tak Tahan 3 Jam Tunggu “Que” Di Parkir “Mall”

Para pengunjung tersadai di perkarangan tempat letak kereta bertingkat di Cardiff selama lebih dari tiga jam ketika Easter Weekends (8-9 April), Sabtu lepas.

Beberapa pengunjung pula dilaporkan tekad meninggalkan kenderaan mereka di perkarangan tempat letak kereta tersebut.

Memetik Independent, satu barisan kereta yang panjang dilaporkan kelihatan di dalam tempat letak kereta bertingkat, berdekatan St David’s Shopping Centre.

Pihak pusat beli-belah berkenaan mendakwa kejadian tersebut berpunca daripada masalah trafik dan pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, lampu trafik yang berada di bawah seliaan pihak berkenaan hanya membenarkan kenderaan keluar dari premis berkenaan dengan kadar yang perlahan.

3 jam que tunggu parkir dalam mall, pemandu tinggalkan kenderaan

Perkara ini diburukkan lagi dengan banyak kenderaan yang ingin keluar dari premis tersebut dalam masa yang sama.

Kelewatan ini disifatkan agak teruk sehingga beberapa pemandu dikatakan terpaksa meninggalkan kenderaan mereka di dalam premis berkenaan.

Mereka terpaksa pulang dengan menggunakan teksi dan kembali ke premis tersebut, apabila kesesakan sudah reda pada waktu malam.

Seorang wanita hamil selama tujuh bulan mengadu berkenaan situasi tersebut menerusi media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu mendedahkan bahawa dirinya tersangkut selama dua jam di pusat beli-belah berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia turut memuat naik video pintu masuk premis berkenaan, yang mana trafik di luar bangunan tersebut tidaklah seteruk seperti yang disangka.

Menurut beberapa sumber, kesesakan tersebut dilaporkan bermula sekitar 2.30 petang dan keadaan masih tak berubah menjelang jam 4.00 petang.

Dalam pada itu, pihak pengurusan pusat beli belah itu mendedahkan situasi hanya kembali tenang menjelang jam 8.00 malam.

Berhubung perkara berkenaan, beberapa video dan gambar yang memaparkan insiden terbabit dikongsi menerusi platform atas talian

 

Dalam satu ciapannya, pihak pengurusan pusat beli-belah turut mengeluarkan satu kenyataan bagi menjawab aduan yang dikemukakan pelanggannya.

“Keadaan trafik di luar bangunan tidak sesak, namun lampu-lampu isyarat di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan hanya membenarkan kereta keluar dalam kadar yang sangat perlahan.

“Kami telah mengalihkan segala halangan untuk memastikan kenderaan dapat keluar dengan mudah serta menghubungi pihak berkaitan,” kata kenyataan itu.

Perkara berkenaan turut mendapat respon daripada polis South Wales.

“Terdapat kesesakan di sekitar kawasan Pusat Bandar Cardiff pada petang ini. Kesesakan tertumpu pada kawasan tempat letak kereta berdekatan Motorpoint Arena.

 

“Usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kesesakan. Para pegguna dinasihatkan agar memperuntukkan lebih masa bagi setiap perjalanan,”

BACA: Laung Azan Maghrib Awal 2 Minit, Masjid Jame’ Badlishah Mohon Maaf

Sumber: Independent

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma