Siakap Keli
6 tips elak kesesakan lalu lintas
Gambar: Bernama

“Jangan Ikut Jalan…,” Ini 6 Tips Perjalanan Lancar Untuk Balik Kampung

“Jangan Ikut Jalan…,” Ini 6 Tips Perjalanan Lancar Untuk Balik Kampung

Menjelang sambutan hari raya Aidilfitri, pasti ramai warga kota sedang sibuk membuat persiapan raya dan merancang perjalanan mahu pulang ke desa.

Pasti ramai yang membuat persiapan dengan teliti pada tahun ini kerana mahu merasai kemeriahan Syawal selepas tidak dapat menyambut dalam keadaan yang sediakala gara-gara negara dilanda wabak pandemik Covid-19.

Memetik Astro Awani, hampir satu juta warga kota dilaporkan dijangka keluar dari bandar raya Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka dijangka akan mula membuat perjalanan pulang ke desa pada minggu depan.

Jika benar seramai itu yang merancang untuk pulang ke kampung halaman, sudah pasti lalu lintas akan mengalami kesesakan.

Justeru, TipsSK pada hari ini ingin berkongsikan enam cara untuk anda mengelakkan kesesakan jalan raya semasa balik ke kampung untuk beraya tahun ini.

Cara yang pertama adalah:

Mematuhi peraturan jalan raya

Bagi cara yang pertama ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan anda memandu dengan selamat.

Perkara paling utama yang anda harus peka adalah jangan memandu melebihi had laju. Jangan risau kampung halaman anda tidak akan lari pergi mana-mana.

Kredit JKJR

Jadi pastikan anda pandu dengan kelajuan yang selamat untuk beraya di kampung halaman dengan kaum keluarga.

Ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, elak dari kecuaian sewaktu berada di jalan raya yang penuh kenderaan.

Elakkan kawasan ‘hotspot’

Perkara ini sangat penting untuk anda bagi menghindari daripada terlibat dalam kesesakan lalu lintas yang berpanjangan.

Elakkan daripada mengambil laluan hotspot yang kerap berlaku kesesakan lalu lintas seperti di Jalan Sultan Ismail, Jalan Datuk Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.

Cuba cari jalan alternatif lain yang tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan berpanjangan.

Rancang perjalanan awal

Tips yang ketiga ini juga merupakan antara langkah penting yang perlu anda titik beratkan.

Rancang perjalanan balik kampung dengan awal, dapatkan maklumat daripada agensi yang berkaitan berkenaan keadaan jalan yang hendak dilalui.

Cuba elakkan waktu perjalanan pada waktu puncak seperti waktu orang pergi ke kerja mahupun pulang dari kerja.

Rancang untuk bergerak di awal pagi sebelum orang lain bersiap untuk pergi ke kerja atau tengah malam ketika ramai yang sudah masuk tidur.

Beri ruang

Ketika berada di atas jalan raya, jangan pentingkan diri sendiri. Cuba bertimbang rasa dengan pemandu yang lain.

Jangan memandu terlalu laju untuk mengejar masa sebaliknya cuba bertenang dan bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain.

Elakkan daripada melanggar peraturan jalan raya yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri mahupun pemandu lain.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Patuhi garis sempadan

Pemandu perlu peka dan mematuhi garis sempadan di atas jalan raya. Jangan sesekali cuba memotong garisan berkembar atau cuba memandu di dalam atau atas garisan tersebut.

Perkara yang paling penting, jangan sesekali untuk memandu di laluan kecemasan demi mengejar masa.

Kredit PLUS Malaysia

Sedikit sahaja kesilapan yang dibuat, maka ramai yang boleh menerima kesannya.

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik

Sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung halaman, pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang paling baik.

Bawa kereta pergi servis, periksa minyak, air dan brek kereta. Periksa tekanan tayar kereta, pastikan tayar masih boleh untuk dibawa dalam perjalanan jarak jauh dengan selamat.

Kredit BERNAMA

Langkah ini merupakan perkara asas yang perlu anda titik beratkan agar dapat beraya dengan selamat di kampung halaman nanti.

Paling penting, perkara ini dapat mengelakkan anda daripada terlewat daripada sampai ke destinasi.

Diharap dengan perkongsian pada kali ini dapat membantu anda untuk membuat persedian yang awal bagi memulakan perjalanan balik ke kampung.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka