Siakap Keli
lelaki palsukan kod qr masjid
Gamabr: Tangkap layar video tular

Lelaki Tular Palsukan Kod QR Peti Tabung Masjid Ditahan Polis

Lelaki Tular Palsukan Kod QR Peti Tabung Masjid Ditahan Polis

Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis setelah disyaki menukar atau memalsukan kod Quick Response Code Indonesia Standard (QRIS) pada peti tabung di masjid dalam kejadian di sekitar Jakarta baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan Kompol Irwandhy Idrus mengesahkan bahawa penjenayah itu ditangkap di kawasan Kebayoran Lama.

Ujarnya, penahanan suspek juga merupakan kerjasama antara Polis Metro Jakarta Selatan dan Jabatan Siber Metro Jaya.

“Benar, dia telah ditangkap.

“Penangkapan itu dibuat bersama dengan Jabatan Jenayah Siber Metro Jaya. Dia ditahan di lokasi lain, yang jelas bukan masjid (lokasi kejadian),” katanya.

Walaupun suspek yang didakwa telah ditangkap namun Irwandhy enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Jelas Irwandhy pihaknya telah melakukan siasatan ke atas suspek tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya.

“Suspek masih lagi disiasat, segala maklumat akan diberikan kemudian,” kata Irwandhy.

Menurut laporan, kejadian berlaku di Masjidil Haram Al-Azhar, Kebayoran Baru dan Masjid Nurul Iman, Blok M Square, Jakarta Selatan.

Difahamkan juga, suspek sebelum ini pernah melakukan perbuatan yang sama di masjid yang berlainan dan ini merupakan kali kedua dia bertindak sedemikian.

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

Video tular di media sosial

Imbas kembali, satu rakaman klip video yang memaparkan tindakan jelik lelaki tersebut telah tersebar di media sosial dan rata-rata warga maya berang dengan perbuatannya.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular itu, kelihatan seorang lelaki (suspek) yang memakai kaca mata menghampiri peti tabung sumbangan di sebuah masjid.

Gambar: Tangkap layar video tular

Dengan langkah yang perlahan, lelaki yang mengenakan baju berwarna biru itu mengeluarkan pelekat QRIS daripada kocek bajunya.

Lelaki tersebut sempat melirikkan mata untuk melihat persekitarannya kerana mahu memastikan keadaan di masjid itu selamat.

Tanpa membuang masa, lelaki itu kemudiannya menampalkan pelekat QRIS palsu di peti tersebut.

Berdasarkan pemerhatian awam, lelaki berkenaan didakwa menukar kod asal QRIS dan menggantikannya dengan kod lain, disyaki milik peribadinya sendiri.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat tenang semasa melakukan tindakan tersebut dan bergerak pantas selepas selesai melekatkan QRIS itu.

Rakaman CCTV tersebut menunjukkan kejadian berlaku pada 6 April lalu, kira-kira jam 10 pagi.

Insiden tersebut jelas menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Indonesia dan ramai yang tidak menyangka lelaki tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun, orang ramai sempat menghelakan nafas lega selepas mendapat tahu suspek tersebut akhirnya telah ditahan pihak berkuasa.

Sumber: Kompas.com

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.