Siakap Keli

“Bila Berpeluh Terus Make-up Bercapuk,” 5 Rutin Wajib Buat Kalau Nak Kulit Sentiasa Cantik

Menjelang Hari Raya ini, banyak persiapan yang nak kena buat. Bermula dari kuih raya hingga ke baju raya pastinya semua memerlukan persiapan awal.

Apabila bercakap mengenai raya, kalau boleh semuanya nak kena perfect dan cantik. Kalau boleh jangan ada masalah remeh langsung yang boleh buat mood hilang sewaktu pagi raya.

Semestinya kalau boleh nak makeup on point. Tak naklah bila tiba tengahari je makeup mula pecah, foundation jadi separated akibat daripada ‘base’ yang tidak kukuh pada awalnya.

Sebenarnya, kalau nak makeup nampak seakan-akan macam kulit, kena amalkan rutin penjagaan ini dulu supaya Hari Raya kulit akan nampak glowing dan lembut!

Menurut MyHealth Kementerian Kesihatan, terdapat lima langkah penjagaan wajah yang membantu mendorong kepada kulit wajah yang sihat tanpa perlukan makeup yang tebal.

1. Bersihkan kulit sekerapnya

Amat penting bagi seseorang untuk menjaga kebersihan diri, bukan sahaja muka tetapi juga badan. Konteks pembersihan yang kerap ini tidak perlu mencucinya dengan menggunakan sabun pencuci, tetapi hanya lalukan dengan air.

Penggunaan pencuci muka yang berlebihan akan menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum. Jadi gunakan pencuci muka mild jika mempunyai kulit kering.

Dan bagi korang yang mempunyai kulit sensitif, elakkan memakai sabun pencuci yang mempunyai wangian kerana ia boleh menyebabkan keradangan.

2. Salin, tukar pakaian

Walaupun sebenarnya perkara ini nampak ‘biasa’ tetapi ia memainkan peranan yang luar biasa dalam rutin penjagaan kulit. Bukan setakat baju, tetapi tuala dan cadar juga perlu ditukar secara kerap.

Ini kerana bakteria dan kuman yang terkumpul membuatkan kulit bertambah lagi teruk dan akan muncul alahan kulit. Untuk elakkan perkara sedemikian, korang kena tukar tuala, pakaian cadar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3. Bersenam

Penjagaan dalam juga penting bagi mendapatkan kulit wajah yang anjal dan jelita. Bersenam di sini bukan tidak perlu melakukan secara keterlaluan, dengan berjogging sahaja ia dapat membantu melancarkan pendarahan badan ke seluruh organ.

Sekiranya pendarahan lancar, maka ia juga akan terpancar pada kulit wajah. Secara tidak langsung kulit akan nampak sihat susulan peredaran darah berjalan lancar.

4. Amalkan pemakanan sihat

Selain bersenam, korang juga kena amalkan pemakanan sihat kerana makanan yang diambil itu memainkan peranan dalam badan kita. Jika sering mengambil makanan yang tidak sihat seperti produk tenusu setiap hari, maka kulit wajah akan tumbuh jerawat baharu.

Pemakanan yang diambil perlulah seimbang iaitu mengandungi sumber vitamin, zat besi, protein, mineral dan lain-lain. Tidak salah untuk ambil produk tenusu seperti susu, coklat tapi haruslah selitkan sedikit makanan yang berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan.

5. Banyak minum air kosong

Perkara terakhir ini biasanya susah untuk dilakukan oleh orang ramai terutamanya buat mereka yang sering mengambil air manis. Walaupun nampak mudah, tetapi ia sulit untuk dilakukan dan kadang kala perlu memaksa diri.

Jangan tak tahu, pengambilan air kosong dalam kehidupan seharian ini paling banyak membantu dalam proses mendapatkan kulit wajah yang sihat. Amalkan minuman air kosong bagi sebanyak 1.5 liter sehari untuk penjagaan dalaman dan juga luaran.

Kena usaha dapatkan kulit cantik

Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan kulit wajah yang flawless, hanya perlu korbankan sikit masa, makanan sedap-sedap dan lain-lain.

Nanti bila dah nampak hasil mesti korang tak rasa sia-sia lakukan perkara yang min cakap atas tu. Siapa sahaja yang tak nak raya dengan kulit yang cantik kan?

Ataupun kalau nak cara yang mudah, korang boleh tekan link ini. Memang istimewa sebab ada promosi beli 1 percuma 1 tau. Barulah boleh jimat macam ni.

Nak cantik kenalah ada usaha sikit, betul tak?

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana