Siakap Keli
Peniaga Jamu Anjing Liar Makan
Kredit: TikTok Nor Assida

“Nasi, Ayam Berempah & Telur Rebus”, Peniaga Baik Hati, Jamu Anjing Liar Makan Setiap Hari

“Nasi, Ayam Berempah & Telur Rebus”, Peniaga Baik Hati, Jamu Anjing Liar Makan Setiap Hari

Seorang peniaga nasi lemak dari Pulau Pinang meraih banyak pujian dari warga maya apabila viral tindakan murninya sering memberikan makanan kepada anjing terbiar yang kelaparan.

Kak Ida (@norassida) menerusi Instagram dan TikTok, memuat naik beberapa video yang memaparkan seekor anjing berbulu perang, Jojo sering mengunjungi gerainya di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Menurut Kak Ida, Jojo sering hadir dan berdiri di hadapan gerainya yang terletak di tepi jalan. Setiap hari, Jojo akan merenung dengan penuh harapan apabila Kak Ida menyediakan makanan di gerai tersebut.

Apabila menyedari kehadiran Jojo, Kak Ida biasanya dengan segera menyediakan makanan untuk dijamu kepada anjing terbiar tersebut.

Antara juadah mewah yang selalu diberikan Kak Ida kepada Jojo adalah nasi, ayam goreng berempah serta dua biji telur rebus.

Bagi memberikan keselesaan kepada Jojo dan pelanggannya, Kak Ida meletakkan makanan tersebut sedikit berjauhan dari kedai. Biasanya, Jojo akan menjamu seleranya di kawasan yang kurang dilalui orang ramai.

Seterusya, dia meletakkan makanan yang berlapikkan kertas pembungkus di atas tanah agar Jojo dapat menikmati makanannya dengan selesa.

Sering mengunjungi gerai nasi lemak miliknya, Jojo merupakan anjing yang baik

Dalam video yang sama, Kak Ida turut mendedahkan bahawa Jojo tidak agresif dan bukan seekor anjing liar yang garang.

“Dia respect kita, masa kita bagi makanan dekat dia, dia akan tunggu kita letakkan makanan dahulu dan tak akan datang dekat dengan kita. Bila kita dah start ke belakang, baru dia datang mendekati makanannya,” katanya.

Menurut Kak Ida, Jojo kini mungkin berdepan dengan masalah kesihatan dengan melihat keadaan kulitnya yang berkudis.

“Dulu badan dia elok, sekarang tak tahulah tiba-tiba ada kudis-kudis semua. Kasihan dia,”

Menerusi kapsyen videonya, Kak Idaa berpendapat bahawa haiwan-haiwan terbiar seperti anjing dan kucing wajar disantuni.

“Rezeki mereka, rezeki kita juga. Tak kira anjing atau kucing, mereka tetap perlu makan. Semoga rezeki yang dikongsi dengan kucing dan ajing jalanan memberi rezeki kepada kita,” katanya lagi.

Jamu anjing liar makan, peniaga kata ”Rezeki kita, rezeki mereka juga”

@norassida

Rezeki depa rezeki kita juga x kira kucing ka anjing depa tetap perlu makan ..semoga rezeki yang dikongsi dengan kucing dan anjing jalanan memberi lebih rezeki kpd kita #fypシ #tiktok #jojo #anjingjalanan

♬ original sound – kak Ida – kak Ida

BACA: Raih Pointer Tinggi, Anak Rita Rudaini Genggam Anugerah Pengetua MRSM Ulul Albab

Sumber: norassida via TikTok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma