Siakap Keli
Anak rita rudaini anugerah pengetua
Kredit: Instagram Rita Rudaini

Raih Pointer Tinggi, Anak Rita Rudaini Genggam Anugerah Pengetua MRSM Ulul Albab

Raih Pointer Tinggi, Anak Rita Rudaini Genggam Anugerah Pengetua MRSM Ulul Albab

Anak lelaki kepada pelakon wanita, Rita Rudaini membanggakan keluarganya apabila mendapat Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab baru-baru ini.

Menerusi hantaran Instagram pelakon tersebut (@ridrud727), beliau berkongsi detik manis tersebut menerusi satu video.

Pada awal klip berkenaan, nama anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin bin Mohamd Aidil Zafuan disebut dalam satu sesi penyampaian anugerah di Dewan As Syatibi, MRSM Gemencheh.

Ketika itu, satu dewan bersorak atas kejayaan Rayyan dalam menggenggam ‘Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua’ bagi Peperiksaan Semester 2, Tingkatan 1 baru-baru ini.

Difahamkan, anugerah tersebut diberikan kepada murid-murid yang memperoleh gred purata tertinggi bagi peperiksaan tertentu.

Dalam klip yang sama, Rayyan sempat menitipkan pesanan kepada ibu kesayangannya.

“Assalamualaikuum mommy. Happy birthday mommy. Ini hadiah Ryan untuk mommy. Ryan doakan semoga mommy panjang umur, murah rezeki,” katanya tersipu-sipu malu.

Rayyan tidak lokek dalam ‘memberikan hadiah’ kepada ibunya

Dalam coretan pelakon wanita tersebut di Instagram, beliau turut menyatakan rasa sebak kerana anak lelakinya sering memberikan ‘hadiah’ kepada diriya.

“Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini, Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi,” tulisnya.

Rita kemudian turut berkongsi rasa syukur di atas kejayaan Rayyan dan memasang impian untuk melihat anaknya meraih lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

“Syukur alhamdulillah… Mommy tak minta lebih, cuma mommy nak anak-anak mommy, buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita (pun) mampu berjaya…,”

Rita turut menitipkan pesanan agar meletakkan matlamatnya untuk memberikan kepuasan kepada dirinya sendiri, bukannya orang lain.

“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita… Jadi terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk puaskan hati orang lain…,”

Bagi Rita, beliau sangat berterima kasih kepada Allah S.W.T atas rezeki kurniaanNYA dan menyifatkna kejayaan Ryan sebagai satu rezeki di bulan Ramadan yang mulia.

“Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki (berupa) anak-anak yang baik untukku, sudah memadai… rezeki Ramadan.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Rayyan merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup antara pelakon itu dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri tersebut bercerai pada 2013.

Melalui perkahwinan tersebut, selain Rayyan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna.

BACA: “Sold Out” Terpantas, 13,000 Botol Sambal Nyet Terjual Dalam Masa 2 Minit

Sumber: Rita Rudaini via Instagram 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma