Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Tak Dapat Hadir Lihat Anak Terima Anugerah, Kisah Murid Autisme Ini Raih Perhatian

anugerah
Kredit: Threads niknadianikmustafa
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat pulang untuk menyaksikan anaknya menerima anugerah kecemerlangan di sekolah kerana terikat dengan tuntutan kerja yang jauh dari keluarga.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dengan nama akaun @niknadianikmustafa berkongsi kejayaan anaknya, Tuah Iskandar, yang berjaya memperoleh kedudukan pertama daripada 33 murid serta tempat keenam daripada 165 murid di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.

Kredit: Threads niknadianikmustafa

Lebih membanggakan, Tuah merupakan murid autisme yang kini mengikuti pembelajaran dalam aliran perdana.

“Anak saya mendapat anugerah kecemerlangan, tetapi saya bekerja jauh dan tidak dapat pulang untuk melihat dia menerima anugerah.

“Berikan dia kata kata semangat, semua. Bubu sedih. Tahun lepas pun Bubu tidak dapat hadir kerana faktor jarak.

“Doakan saya dapat kembali bertugas di kawasan darat dengan segera. Anak saya autisme, tetapi belajar dalam aliran perdana. Dia seorang pejuang sejati,” kongsi ibunya.

Dalam perkongsian sama, wanita itu turut menceritakan perjalanan pendidikan Tuah yang bermula dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sebelum melalui kelas inklusif separa dan seterusnya mengikuti pembelajaran secara inklusif sepenuhnya.

Menurutnya, Tuah mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) sejak berusia dua tahun. Ketika didaftarkan ke Tahun Satu, sistem menempatkannya di PPKI.

Bagaimanapun, guru yang melihat potensi Tuah memberikan peluang kepadanya untuk berkembang sehingga kini mengikuti aliran perdana sepenuhnya di sekolah berkenaan.

Meninjau ruangan komen, perkongsian itu menerima pelbagai ucapan tahniah dan kata kata semangat daripada pengguna Threads.

“Tahniah, adik Tuah! Sehebat namanya. Semoga cemerlang di dunia dan akhirat,” respons @drzulkiflihasan.

Seorang lagi pengguna, @ranakh333, turut berkongsi kenangan mengenai Tuah yang sering menyebut bahawa segala-galanya adalah milik Allah.

“Memang menjadi kebiasaan Tuah menyebut, ‘Ya, cikgu. Semuanya milik Allah.’

“Terus terbang tinggi, Tuah. Teruskan melangkah jauh. Awak memang pejuang sejati,” katanya.

“Adik, tahniah! Pandainya awak. Semoga hati sentiasa diterangkan untuk menerima ilmu daripada cikgu cikgu. Nanti apabila ibu balik, minta ibu belanja makan sedap sedap,” kata @syaaazanaaa.

Sementara itu, @syahida_nsas turut menyifatkan kejayaan Tuah sebagai sumber inspirasi buat dirinya yang mempunyai anak autisme.

“Tahniah, Tuah. Saya sangat gembira untuk awak. Teruskan kecemerlangan dan semoga berjaya di dunia serta akhirat.

“Kejayaan Tuah memberikan inspirasi kepada mak cik untuk terus berusaha demi anak saya yang juga autistik. Terima kasih, Tuah,” tulisnya.

“Cantiknya dewan sekolah! Apa apa pun, tahniah, anak comel,” komen @rosalinda.terbakar.

Sumber:Threads
Intipati
  • Ibu Tuah Iskandar sedih tidak dapat hadir kerana bekerja jauh daripada keluarga.
  • Tuah memperoleh tempat pertama dalam kelas dan keenam keseluruhan di sekolahnya.
  • Tuah pernah belajar di PPKI sebelum mengikuti aliran perdana sepenuhnya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan